• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

oleh Mohd Arshad
30/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mencadangkan cara unik mengurangkan rasa rimas di musim panas iaitu dengan tidak memakai tali leher ke pejabat, lapor laman berita Gulf News, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sanchez yang melakukan perkara tersebut, mahu menteri dan pekerja pejabat mengikuti teladannya bagi membantu menjimatkan tenaga elektrik untuk menjana kipas angin dan alat pendingin hawa kerana kepanasan.

“Saya tidak memakai tali leher dan saya telah meminta menteri saya berbuat perkara sama,” kata Sanchez.

Beliau meminta syarikat-syarikat swasta untuk membenarkan kakitangan bekerja tanpa kewajipan memakai tali leher supaya mereka juga boleh menyumbang untuk menjimatkan elektrik.

Bermula 1 Ogos ini, kerajaan Sanchez akan meluluskan program kecekapan dan penjimatan tenaga, menyertai negara Eropah lain yang melaksanakan langkah serupa.

Beliau tidak menyatakan bagaimana langkah itu boleh membantu menjimatkan tenaga tetapi Kementerian Peralihan Alam Sekitar yang menyelia dasar tenaga, sudah pun menetapkan penghawa dinginnya pada suhu 27 darjah Celsius iaitu lebih panas daripada biasa sebagai langkah untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Harga tenaga di Sepanyol telah melonjak dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini akibat perang di Ukraine.

Kosmo-

Tags: elektrikpedro sanchezSepanyoltali leher
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

18/04/2026
0

Oleh Mynewshub Dalam landskap politik global yang sering dipenuhi kepentingan kuasa besar dan diplomasi berhati-hati, muncul seorang pemimpin Eropah yang...

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd