Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bas Muafakat Johor Terus...

JOHOR BAHRU - Jumlah pengguna Bas Muafakat Johor (BMJ) dijangka akan meningkat selari...

Malaysia Bertekad Teruskan Agenda...

Kerajaan Malaysia akan terus bertekad untuk meneruskan agenda transformasi negara, yang memerlukan komitmen...

AS Hanya Kecewakan Dunia

BEIJING – China semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan meningkatkan...

Pemandu Lori Tak Mengaku...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu lori dari Puchong, Selangor, didakwa menyalahgunakan perkhidmatan internet...

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup diadakan pada sesi Dewan Rakyat, bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH), Hassan Karim, berkata isu berkenaan perlu mendapat keutamaan dan dibahaskan Ahli Parlimen supaya keluhan rakyat dapat disuarakan.

Majoriti Ahli Parlimen PH mahu supaya sidang khas Parlimen isu harga barang dan kos sara hidup diadakan pada sesi Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.

“Saya dan ahli parlimen akan bersuara lebih lantang tentang kos sara hidup rakyat di Parlimen. Ini bukan ‘politiking’ tapi demi survival rakyat.

“Usul termasuk keadaan ekonomi terkini sehingga ramai rakyat terjejas diikuti dengan penarikan balik subsidi perlu dibahaskan kerana ia menyebabkan rakyat menderita.

“Isu contohnya minyak masak paket bersubsidi RM2.50 yang tiada di pasaran negara sebaliknya terdapat banyak pula di Selatan Thailand juga perlu dibahaskan dalam sidang khas itu,” katanya hari ini.


Dalam pada itu, Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, ahli politik negara juga diseru supaya fokus terhadap isu kenaikan harga barang dan kehidupan rakyat, berbanding perkara lain.

“Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) dijangka diadakan dalam masa terdekat dengan Parlimen bakal dibubarkan bila-bila masa. Namun perangai orang politik termasuk berebut jawatan dan percaturan politik yang tidak berkesudahanlah yang merosakkan negara.

“Jika ahli politik memang betul ambil berat terhadap rakyat fokus terhadap isu rakyat termasuk isu harga barang,” katanya.

Ditanya desakan sesetengah pihak supaya menteri Kabinet membuat pemotongan gaji bagi menunjukkan kebersamaan dan kepekaan mereka berikutan kepayahan rakyat, Hassan berkata, langkah itu boleh diambil, namun ia tidak dapat menyelesaikan isu sepenuhnya.

“Memang potong gaji dan elaun menteri itu bagus sebagai simbolik mereka peka pada rakyat, namun langkah lebih bersepadu dan menyeluruh perlu diambil bagi membantu rakyat,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori