• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Nafi Terima Suapan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Nafi Terima Suapan
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan menerima suapan bagi meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan sekolah, lima tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Mohd Fauzi Abdul, 46, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Menurut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson secara rasuah bersetuju menerima untuk dirinya satu suapan, iaitu wang tunai RM2,000 daripada seorang lelaki sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipalnya, iaitu meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan bagi Oktober 2017 di sekolah dalam daerah Port Dickson.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Lukut, Port Dickson, pada 16 November 2017.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Hanif Hassan bersetuju dengan jumlah jaminan berkenaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Daerah Port Dickson pada atau sebelum 7 hari bulan setiap bulan.

Sebutan semula kes pada 30 Ogos.

-Harian Metro

Tags: nafiPenolong Pegawai Pendidikan DaerahSuapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tohmahan barua DAP yang dilontarkan...

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd