• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengadang Banjir Mudah Alih Kekang Risiko Banjir Besar

oleh AK-47
20/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengadang Banjir Mudah Alih Kekang Risiko Banjir Besar
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan inisiatif jangka pendek bagi mengekang risiko banjir besar dengan memperkenalkan Penghadang Banjir Mudah Alih (MFWB) di Taman Kinrara, Puchong di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, MFWB akan dipasang di sebuah terowong di bawah Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) terletak di antara Pangsapuri Kinrara Court, Taman Kinrara dan tebing Sungai Klang.

“Banjir yang melanda Taman Kinrara pada Disember 2021 dan Mac 2022, antaranya berpunca daripada limpahan air Sungai Klang melalui terowong di bawah KESAS.

“Pada masa ini, terowong tersebut digunakan pihak Indah Water Konsortium (IWK) untuk menyelenggara Loji Rawatan Air yang terletak di sebelah Sungai Klang.

“Oleh itu, pihak JPS telah memberi cadangan untuk menggunakan produk MFWB sebagai second defense (pertahanan kedua) dalam mengurangkan risiko banjir di Taman Kinrara, sebelum kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir berskala besar bermula di sini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara berkata, pada masa ini, projek pembinaan ban Sungai Kuyoh setinggi dua meter sedang berlangsung dan dijangka siap menjelang September depan.

Dalam pada itu, katanya, rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang dan Sungai Kuyoh yang terletak di bahagian hulu pula dijangka bermula dalam tempoh dua tahun lagi.

Sze Han menambah, oleh kerana pengoperasian MFWB ini memerlukan tenaga kerja, pihak Surau An-Nur Taman Kinrara melalui jawatankuasa surau dan penduduk bersetuju mengetuai pengoperasian alatan tersebut.

“Melalui inisiatif ini, kerjasama penduduk sangat diperlukan di mana mereka akan diberikan akses untuk mengetahui risiko kenaikan air Sungai Klang yang boleh mengakibatkan banjir.

“Oleh itu, penduduk perlu memasang panel MFWB ini di bawah terowong dan pihak JPS akan memberi latihan supaya pengoperasian ini dapat dijayakan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” kata Sze Han.

Katanya lagi, bagi tujuan itu, sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan bersama pihak berwajib dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) Kinrara Court serta ini adalah projek MFWB yang pertama oleh pihak JPS untuk digunakan di kawasan awam.

Menurutnya, pihak JPS juga akan memantau proses uji kaji sistem ini yang dijangka bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada Disember 2023.

“Pihak KESAS dan JPS juga bersetuju untuk meninggikan sedikit aras tanah di dalam terowong tersebut supaya MFWB ini dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

“Semua keputusan ini telah dicapai selepas lawatan tapak bersama pihak JPS, KESAS, Majlis Bandaraya Subang Jaya, serta wakil penduduk yang diketuai pihak Surau An-Nur dan wakil JMB Kinrara Court pada 18 Julai lalu,” tambah Sze Han.

-Sinar Harian

Tags: Banjirbanjir besarPengadang Banjir Mudah Alih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd