• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Sri Lanka Mahu Bentuk Kerajaan Campuran

oleh Mohd Arshad
12/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembangkang Sri Lanka Mahu Bentuk Kerajaan Campuran
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Pemimpin-pe­mimpin pembangkang bertemu kelmarin bagi membincangkan rancangan membentuk sebuah kerajaan campuran susulan pengumuman peletakan jawatan Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka, lapor agensi be­rita United Press International.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Speaker Parlimen, Mahinda Yapa Abeywardena mengadakan mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin pembangkang mengenai pembentukan kerajaan baharu berikutan Presiden Gotabaya Rajapaksa dijangka meletak jawatan esok. Beliau dan Perdana Menteri, Ranil Wickre­mesinghe bagaimanapun belum menye­rahkan surat peletakan jawatan secara rasmi.

“Kami bersetuju secara dasarnya untuk membentu kerajaan campuran yang terdiri daripada semua parti politik bagi tempoh interim. Ia akan menjadi kerajaan yang diwa­kili oleh semua parti,” kata pe­mimpin parti pemerintah yang berpaling tadah, Wimal Wee­rawansa.

Sabtu lalu, Rajapaksa dan Wickremesinghe mengumumkan akan meletak jawatan ketika rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah cara kerajaan me­ngendalikan krisis ekonomi yang menyebabkan berjuta-juta rakyat Sri Lanka tidak dapat membeli barangan keperluan asas terutamanya makanan, ubat serta bahan api.

Pemimpin-pemimpin negara itu kelmarin turut bersetuju memilih Abeywardena untuk memangku jawatan Presiden Sri Lanka sepanjang tempoh interim.

Buat masa ini, parti pimpinan Rajapaksa masih mempunyai majoriti di Parlimen. Dalam pada itu, pemimpin gerakan protes Sri Lanka, Peter D’Alimeida mengkritik Wickremesinghe dan menganggap rancangan membentuk kerajaan campuran itu sebagai ‘jenaka’.

Katanya, rakyat bimbang Rajapaksa dan Wickreme­singhe tidak akan memenuhi janji mereka untuk meletakkan jawatan.

-Kosmo Online

Tags: Kerajaan CamuranKrisis Sri LankapembangkangSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd