• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang 2022 Pembangkang Paling Pengecut

oleh Mohd Arshad
16/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pembangkang 2022 Pembangkang Paling Pengecut
Share on FacebookShare on Twitter

Peningkatan kos sara hidup sedang membebani rakyat bukan propaganda. Ia permasalahan sosio kehidupan yang nyata.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rata-rata akan mengeluh terhadap situasi semasa.

Dalam dunia politik, kenaikan kos sara hidup bagaimanapun ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi pembangkang.

Memberi peluang untuk pihak pembangkang `menyerang’ kerajaan habis-habisan ibarat selaras M16 sedang menggila.

Memang itu sedang dilakukan pembangkang Malaysia ketika ini, namun rakyat haruslah berwaspada dan bijak menilai.

Apakah `serangan’ pembangkang terhadap kerajaan itu jujur untuk memperjuangkan kehidupan mereka yang sedang terbeban?

Atau sekadar menangguk di air keruh mengambil kesempatan daripada permasalahan demi kepentingan politik?

Jawapan kepada persoalan itu ada pada beberapa tindak tanduk diperlihatkan pembangkang sejak beberapa bulan lalu.

Pertama, pembangkang `menyerang’ kerajaan, tetapi dalam masa yang sama pembangkang mempertahankan kerajaan.

Sehingga ke tahap menawarkan lanjutan Memorandum Persefahaman kepada kerajaan.

Dengan syarat kerajaan tidak membubarkan Parlimen dan tidak adakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Kedua, pembangkang lebih menyasarkan `serangan’ kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam isu kenaikan kos sara hidup.

Sehingga mengadakan demonstrasi jalanan konon membantah kenaikan harga barang, tetapi mengangkat sepanduk tolak BN.

Walhal kerajaan sedia ada adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada beberapa wakil rakyat berbeza parti politik.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pemuda BN tidak berada dalam barisan jemaah menteri kerajaan sedia ada.

Ketiga, pembangkang enggan bekerjasama dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuhkan kerajaan.

Pelawaan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi untuk pembangkang berkongsi idea menangani inflasi dipersenda diperlekeh.

Kesimpulannya adalah jelas pembangkang tidak jujur dalam memperjuangkan permasalahan rakyat.

Pembangkang barangkali sangat gembira dengan permasalahan inflasi dan kos sara hidup yang sedang berlaku.

Bagaimanapun rakyat masa kini tidak sebodoh itu untuk tidak memahami apa yang pembangkang lakukan.

Rakyat akhirnya akan meletakkan pembangkang antara punca permasalahan inflasi dan kos sara hidup.

Pembangkang memegang kunci untuk memastikan PRU15 diadakan agar sebuah kerajaan stabil dan kukuh dapat dibentuk.

Dengan demikian permasalahan inflasi dan harga barang dapat ditangani dengan lebih efisien walau parti mana mentadbir.

Malangnya pembangkang 2022 adalah pembangkang paling pengecut dan tidak boleh diharapkan dalam sejarah politik tanah air.

-Mynewshub

Tags: pembangkangPengecut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Sedia Tambah Katil Hospital Jika Influenza Meningkat

Next Post

ROS Minta PKR Beri Penjelasan Berkaitan Aduan Pemilihan Parti

Related Posts

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

11/01/2024
0

Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen, kata...

Next Post
ROS Minta PKR Beri Penjelasan Berkaitan Aduan Pemilihan Parti

ROS Minta PKR Beri Penjelasan Berkaitan Aduan Pemilihan Parti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd