Sample Page Title

SHAH ALAM : Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meminta PKR memberikan penjelasan berhubung pelbagai aduan berkaitan proses pemilihan parti itu yang berlangsung baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pagi ini pasukan peguam parti diminta meneliti notis ROS dan memperhalusi penjelasan yang akan dibuat.

“Sejurus mendapat surat itu, perkara pertama terfikir dalam kepala, saya perlu bersedia dengan keadaan paling sukar dan paling buruk pernah berlaku, seumpama yang berlaku pada DAP pada 2013 dan MIC pada 2015.

“Tapi percayalah, dengan dukungan rakan pimpinan lama dan baharu, ini tugas terakhir saya. Selepas ini saya bukan lagi setiausaha agung dan untuk minit terakhir ini, saya Saifuddin Nasution akan mempertahankan parti ini sehabis daya daripada sebarang tindakan yang akan datang daripada ROS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu sesi penggulungan Kongres Nasional PKR ke-16 di Pusat Konvensyen IDEAL, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa ahli PKR membuat laporan polis serta kepada ROS berhubung keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil ketika menyampaikan ucapan penggulungan ketika kongres pagi ini turut menyentuh isu sama, namun menyifatkan laporan polis serta aduan kepada ROS itu sebagai menyerahkan tengkuk parti kepada pihak musuh.

Dalam pada itu, Saifuddin mengesahkan sejumlah 1,800 aduan diterima Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung isu pemilihan PKR yang antara lain berkaitan bantahan berkaitan disiplin, pelanggaran etika pemilihan serta keraguan undi.

Melalui ucapan sama, Saifuddin menafikan beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam pemilihan auditor bagi menyempurnakan urusan pengundian ketika pemilihan lalu.


“(Kononnya) yang melantik ‘auditor’ (juruaudit) adalah Presiden dan Setiusaha Agung. Ini fitnah terbesar kalau ada dalam kalangan kita yang percaya.

“Siapa yang melantik JPP? JPP dilantik Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berasaskan ketetapan perlembagaan parti. Perlembagaan parti kata kalau mahu buat pilihan raya parti, MPP boleh melantik JPP. Jadi MPP sudah melantik Dr Zaliha (Mustafa) dan beliau pilih jawatankuasanya. MPP terima dan mereka bekerja.

“Siapa yang lantik JPP? Majlis Pimpinan Pusat, bukan Presiden dan bukan Setiausaha Agung. Pemilihan berjalan dan kemudian ada bantahan,” katanya.

Beliau berkata, JPP memaklumkan mereka tiada kepakaran untuk menjalankan tugas audit khususnya berkaitan aduan berkaitan undi ragu, maka juruaudit dilantik mereka.

“Bantahan berkaitan keraguan undi, JPP kata kami tidak ada kepakaran. JPP maklum lantik auditor. Siapa lantik auditor? JPP lantik bukan Presiden dan bukan Setiausaha Agung,” katanya.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada watak tertentu dalam parti yang cuba mengheret Presiden dan Setiausaha Agung dalam isu ini, untuk bersedia menerima tindakannya.

“Kita mahu beri amaran kepada watak ini, kalau mahu jadi pemecah belah dalam parti kita akan lakukan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...