• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Guna Logo Sendiri Di Beberapa Negeri

oleh Mohd Arshad
02/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PAS Guna Logo Sendiri Di Beberapa Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : PAS membayangkan hanya menggunakan logo sendiri untuk calonnya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bergantung kepada kawasan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, PAS dijangka akan menggunakan logo parti itu di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala logo Perikatan Nasional (PN) di negeri lain.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim, berkata PAS pusat sudah membuat ketetapan mengenai penggunaan logo akan digunakan calon bertanding pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan secara rasmi, selepas mengambil kira pelbagai pandangan mengenai isu penggunaan logo.

“Tiada percanggahan pendapat mengenai penggunaan logo, tetapi sudah tentulah ada tempat atau kawasan tertentu sudah sebati menggunakan logo bulan.

“Kepemimpinan dan seluruh ahli PAS perlu ingat, parti pernah menang dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan apabila bertanding menggunakan logo lain sekitar tahun 1970-an,” katanya.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2022 sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-34, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah di Dewan Seri Bariah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua PIBG, Wan Mohamad Ariffin Wan Long dan Pengetua SMK Tengku Bariah, Sabariah Abdul Mubin.Selain itu, Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan berlaku percanggahan pendapat yang serius kalangan pimpinan parti mengenai isu penggunaan logo.

Katanya, secara umumnya PAS yakin apa pun keputusan akan ditetapkan akan memberi sumbangan kepada pencapaian yang lebih baik kepada parti pada PRU akan datang.

-Berita Harian

Tags: logoPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd