• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

oleh AK-47
28/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan pemberian visa kemasukan berganda kepada pelancong asing bagi melonjakkan sektor pelancongan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perbincangan antara kedua-dua kementerian itu telah dijalankan memandangkan kelulusan visa tersebut terletak di bawah bidang kuasa KDN.

“Diharap akan jadi satu dasar sementara (pemberian visa berganda) Malaysia kerana kita memerlukan pelancong untuk datang dan mahu mereka untuk terus kembali ke Malaysia selain memudahkan kemasukan pelancong ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat The ASEAN Sub-Committee on Culture (SCC) ke-23 dan Mesyuarat ASEAN Plus Three Cultural Coorperation ke-11 di sini pada Khamis.

Nancy berkata, setakat ini jumlah kedatangan pelancong telah melebihi sasaran 4.5 juta dan angka itu dijangka meningkat melebihi lapan juta menjelang penghujung tahun ini yang ditambah dengan pembukaan semula sempadan Brunei-Malaysia mulai 1 Ogos ini.

“Peningkatan jumlah pelancong ke Malaysia sudah nampak, paling ramai adalah dari Singapura diikuti Thailand, Filipina dan India,” katanya.

Mesyuarat SCC merupakan mesyuarat tahunan bagi membincangkan projek kebudayaan, seni dan warisan yang dilaksanakan oleh negara anggota ASEAN di bawah pembiayaan Dana Kebudayaan ASEAN.

Mesyuarat kali ini turut menyokong dua projek yang dicadangkan oleh Malaysia yang terdiri daripada ASEAN Workshop on Sustainable Heritage Food Packaging and Commercialisation For The World Market dan The Echoes of ASEAN Bronze dengan peruntukan sebanyak AS$100,000.

-Sinar Harian

Tags: KDNMOTACVisaVisa Berganda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Seri Tiong King Sing melahirkan rasa teruja lebih 50,000...

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd