• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Cawangan, Perwakilan Diteruskan Tanpa Agenda Pemilihan Jawatan

oleh Mohd Arshad
30/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mesyuarat Cawangan, Perwakilan Diteruskan Tanpa Agenda Pemilihan Jawatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : UMNO akan meneruskan agenda mesyuarat peringkat cawangan dan perwakilannya di seluruh negara, walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti seperti diputuskan sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata bagaimanapun semua mesyuarat terbabit akan berlangsung tanpa adanya pemilihan jawatan.

Mengulas lanjut, katanya mesyuarat cawangan dijangka diadakan pada September hingga pertengahan Oktober ini, disusuli mesyuarat perwakilan di seluruh negara pada penghujung November.

“Mesyuarat cawangan dan mesyuarat bahagian di seluruh negara akan diadakan tahun ini seperti dijadualkan.

“Tiada agenda pemilihan. Mesyuarat tahunan biasa untuk tahun 2022. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tahun 2022 juga akan diadakan hujung tahun ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan ROS yang meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dilapor berkata, kelulusan diberikan oleh ROS selepas menilai segala dokumen berkaitan pindaan lebih 60 hari itu yang berkuat kuasa 29 Julai.

ROS dilapor bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti itu di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat).

Ditanya sama ada semua negeri di bawah Barisan Nasional (BN) akan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti dikuatkuasakan, Mohamad berkata, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu.

“Parti akan meneliti dengan Penasihat Undang-Undang berkenaan perkara tersebut,” katanya.

Khamis lalu, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lalu.

-Berita Harian

Tags: AgendaAgenda Pemilihan JawatanMesyuarat Cawangan Perwakilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Jadikan LHDNM `Kambing Hitam’ Agenda Politik

Usah Jadikan LHDNM `Kambing Hitam’ Agenda Politik

29/06/2022
0

Objektif penubuhan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah untuk melaksanakan sistem percukaian yang berkesan, adil dan saksama. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd