• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Jadi Penghalang Agenda Perpaduan Ummah – Exco PAS

oleh Mynewshub
09/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bersatu Jadi Penghalang Agenda Perpaduan Ummah – Exco PAS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berada pada kedudukan yang menjadi penghalang kepada agenda perpaduan ummah yang diperjuangkan melalui kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata, keadaan itu menyebabkan pendirian Bersatu tidak lagi selari dengan tujuan asal konsep ta’awun siyasi yang menjadi asas kerjasama PAS dengan parti-parti lain.

“PAS menjalinkan kerjasama politik dengan prinsip ta’awun siyasi bersama parti-parti lain bagi mengelakkan perpecahan dan membina perpaduan ummah.

“Apabila Bersatu berada pada posisi yang
menjadi penghalang kepada agenda perpaduan ummah dan berkeras dengan pendirian mereka untuk menyekat kemasukan parti-parti lain ke dalam PN, maka pendirian Bersatu sudah tidak lagi selari dengan tujuan utama ta’awun siyasi yang menjadi asas penubuhan PN,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Menurut beliau, pelbagai tindakan yang didakwa menjejaskan hubungan antara rakan kerjasama politik turut menjadi faktor yang mendorong PAS menilai semula hubungan dengan Bersatu.

“Siri-siri pengkhianatan dengan pelbagai tindakan menikam rakan ta’awun dari belakang dan depan juga telah menambahkan lagi faktor pertimbangan bahawa kerjasama politik PAS-Bersatu ini wajar dinoktahkan supaya PAS boleh terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Dr. Azman menjelaskan, kerjasama PAS dengan Bersatu serta parti-parti lain dalam PN selama ini berlandaskan prinsip ta’awun siyasi, iaitu kerjasama politik yang berteraskan semangat saling membantu dalam perkara kebaikan dan kepentingan bersama.

Katanya, dalam konteks fiqh siasah, konsep tersebut membolehkan kerjasama yang bersifat fleksibel, terbuka dan strategik dengan pelbagai pihak demi mencapai maslahat umum tanpa terikat dengan perjanjian yang terlalu ketat seperti tahaluf siyasi atau pakatan gabungan rasmi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Azman Ibrahim

Tags: AgendaAhli Jawatankuasa Kerja Pas PusatBERSATUDr. Azman IbrahimPenghalangperikatan nasionalperpaduan ummahPN
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Muhyiddin Dukacita, Ingatkan PAS Bahawa Bersatu Pengasas PN

Muhyiddin Dukacita, Ingatkan PAS Bahawa Bersatu Pengasas PN

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal dalam Perikatan Nasional (PN) kerana...

Bersatu Akan Muncul Kuasa Politik Besar, PAS Tutup Pasaran Pengundi PN – Nor Hizwan

Bersatu Akan Muncul Kuasa Politik Besar, PAS Tutup Pasaran Pengundi PN – Nor Hizwan

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan PAS menghentikan kerjasama politik memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk muncul sebagai kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd