• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo Baharu PN: PAS Secara Dasar Bersetuju

oleh Mohd Arshad
22/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Logo Baharu PN: PAS Secara Dasar Bersetuju
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG : Pas secara dasarnya bersetuju dengan penggunaan logo baharu Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan logo baharu PN akan dibincangkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Pada masa sama, menurutnya, pemimpin tertinggi Pas juga akan mengadakan mesyuarat berhubung penggunaan logo baharu itu.

“Kita (Pas) akan bincang (logo baharu PN) bersama Bersatu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Pada 11 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan PN akan mengubah suai dan menambah baik logo PN sedia ada termasuk kemungkinan menggunakan simbol parti-parti yang ada dalam gabungan itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, cadangan itu bagi menjadikan logo baharu PN lebih baik dan lebih sesuai dengan gabungan itu.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, persetujuan Pas menggunakan logo PN baharu itu selepas ini juga tidak bermakna parti itu menolak Muafakat Nasional (MN).

“MN terus (jalin hubungan), Pas membawa agenda perpaduan ummah, (Pas) tidak berganjak.

“Masalah logo itu (sekiranya MN bersama PN) dibincangkan kemudian, Pas bersama semua sekali, MN dan PN,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, Pas dan Bersatu serta MN sentiasa mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi persediaan menghadapi PRU-15.

“Persediaan (PRU-15) sentiasa dibincangkan walaupun pilihan raya tidak tahu bila lagi,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Logo Baharu PNPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd