Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Sapura Energy Raih Kontrak...

KUALA LUMPUR - Sapura Energy Bhd meraih empat kontrak, bernilai kira-kira US$205.96 juta...

‘Mayat’ Hidup Beberapa Minit...

NYARIS maut...seorang pesakit terselamat dari maut hanya beberapa minit sebelum bedah siasat dilakukan ke...

2 Maut, 12 Selamat...

TAPAH - Dua maut manakala 12 lagi mangsa terselamat dalam nahas membabitkan tujuh...

Parlimen Mula Bersidang 16...

PUTRAJAYA - Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

Lelaki Parah Ditetak Dalam Rusuhan

Petaling Jaya : Angkara dendam lama, lelaki parah ditetak empat lelaki dalam kejadian rusuhan bersenjata di Sungai Way, di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.30 malam daripada isteri mangsa yang berusia 33 tahun.

Katanya, wanita itu mendakwa menemui mangsa yang seusia dengannya dalam keadaan parah di belakang badan.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat dendam lama. Sepasukan anggota bertindak antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi dan menahan lelaki 37 tahun di kawasan Sungai Way,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Fakhrudin berkata, dua lagi suspek berusia 21 dan 36 tahun pula ditahan di pekarangan pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Katanya, semakan dibuat mendapati dua daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mereka direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori