• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPLB Akan Pastikan Waris Sultan Sulu Tidak Jadikan Aset MARA Inc Sasaran

oleh AK-47
14/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPLB Akan Pastikan Waris Sultan Sulu Tidak Jadikan Aset MARA Inc Sasaran
Share on FacebookShare on Twitter

Padang Terap : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius tindakan waris kesultanan Sulu menjadikan aset Malaysia di luar negara sebagai sasaran tuntutan keluarga berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB mempunyai beberapa aset strategik merangkumi bangunan dan hotel yang dimiliki MARA Inc yang dianggar bernilai ratusan juta ringgit.

Katanya, KPLB akan terus memantau isu berkenaan termasuk memastikan waris kesultanan Sulu tidak menjadikan aset MARA Inc menjadi sasaran mereka selepas apa yang terjadi kepada terhadap aset milik PETRONAS di Azerbaijan baru-baru ini.

“Saya lihat benda ini satu perkara yang agak serius, walaupun kita sudah mohon tangguh keputusan penimbang tara di Sepanyol dan sekarang kita minta dibatalkan di Mahkamah Perancis pula.

“Tetapi ‘keluarga’ ini guna keputusan di Sepanyol dan pergi merata tempat cuba ambil harta Malaysia. Kita ada harta dan bangunan di London dan Melbourne, Australia yang dimiliki MARA,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Taklimat Khas Prospek Pedu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Kamarudin Abd Akib.

Difahamkan, selain aset di London dan Melbourne, MARA turut memiliki bangunan di Amerika Syarikat dan Mesir yang berkemungkinan turut menjadi sasaran waris keluarga kesultanan Sulu.

Mahdzir berkata, beliau baru sahaja berbincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi membincangkan isu berkenaan secara lebih lanjut.

“Kita ambil perhatian dan ambil berat, pagi tadi saya berhubung dengan Wan Junaidi berkaitan perkara ini.

“Tetapi jika kita dapat keputusan (memihak kepada Malaysia) di Perancis, kita kekal dan dia tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Mahkamah Rayuan Paris kelmarin membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Tindakan itu akan kekal sehingga Mahkamah Paris membuat keputusan muktamad berkenaan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat Malaysia.

-Harian Metro

Tags: asetKPLBMara IncWaris Sultan Sulu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reman 5 Suspek Kes Tipu Pakej Haji Disambung Lagi

Next Post

Presiden Sri Lanka Lari Ke Singapura

Related Posts

Jho Low Kembalikan Aset Bernilai AS$100 Juta Kepada Malaysia

Jho Low Kembalikan Aset Bernilai AS$100 Juta Kepada Malaysia

27/06/2024
0

NEW YORK : Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan menyerahkan harta bernilai lebih AS$100 juta...

Individu Ada Aset, Kekayaan Tidak Setimpal Laporan Cukai Dalam Radar LHDN

Individu Ada Aset, Kekayaan Tidak Setimpal Laporan Cukai Dalam Radar LHDN

01/03/2024
0

CYBERJAYA - Individu yang mempunyai aset dan kekayaan tidak setimpal dengan pelaporan cukai kini berada dalam radar Lembaga Hasil Dalam...

Next Post
Presiden Sri Lanka Lari Ke Singapura

Presiden Sri Lanka Lari Ke Singapura

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd