Sample Page Title

SHAH ALAM : Kongres Nasional PKR Ke-16 memasuki hari kedua ini bakal menyaksikan seramai 2,665 orang perwakilan akan mengundi memilih 20 calon bagi menduduki kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua perwakilan tersebut termasuk mereka yang dipilih dalam sayapnya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR masing-masing 50 wakil akan memilih calon daripada 73 senarai bertanding bermula pukul 11.15 pagi ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, ia adalah jumlah perwakilan daripada 222 cabang di seluruh negara yang layak mengundi pada hari ini.

“Sebanyak 2,665 perwakilan akan mengundi lebih 70 calon yang bertanding untuk merebut tempat dalam MPP bagi sesi 2022 hingga 2025. Berdasarkan jadual kongres, mereka akan mengundi hari ini dan keputusannya pula diumumkan esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam kongres hari ini, lebih 3,000 perwakilan dan pemerhati hadir bagi mendengar ucapan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta perasmian dan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selain itu, dijadualkan seramai 17 perwakilan akan berbahas pada hari ini bermula tengah hari nanti sebelum pembubaran MPP bagi sesi 2018 hingga 2021 pagi esok.

Semalam, perwakilan dan pemerhati menyaksikan kongres AMK dan Wanita yang menampilkan Ketua dan Timbalan Ketua masing-masing yang baharu memenangi pemilihan parti pada Mei lalu serta 20 Ahli Pimpinan Pusat sayap dipilih pada hari sama.

Pemilihan PKR bagi sesi 2022 hingga 2025 menyaksikan Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden tanpa dicabar, beberapa muka baharu bakal bersama beliau seperti Timbalan Presiden, Rafizi Ramli; Naib Presiden, Datuk Seri Aminudin Shari, Chang Lih Kang dan Nik Nazmi Ahmad.

Ketua AMK dan Wanita yang baharu dipilih iaitu Adam Adli dan Fadhlina Sidek juga bakal bersama Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam Parlimen serta Ahli Parlimen Port Dickson.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...