• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hina Islam: Lelaki Direman 4 Hari

oleh AK-47
18/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Hina Islam: Lelaki Direman 4 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Lelaki yang ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman video di media sosial direman empat hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan berusia 39 tahun itu direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita, hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman video di media sosial.

Suspek ditahan di Bukit Kuchai, Puchong pada 12.30 tengah hari susulan laporan polis dibuat di Cyberjaya.

Siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 36 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, tular juga beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki cedera pada muka dan beberapa bahagian badan dipercayai dipukul beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

-Harian Metro

Tags: hina islamKes Hina Islamreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Penuntut UMPSA Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Hina Islam

Penuntut UMPSA Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Hina Islam

03/03/2026
0

KUANTAN – Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas dua pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd