• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke Hospital Awam Meningkat

oleh Mohd Arshad
25/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke Hospital Awam Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 18.3 peratus.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit kategori satu dan dua meningkat sebanyak 12.5 peratus, manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima, meningkat sebanyak 25peratus.

Katanya, peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 meningkat pada minggu epidemiologi ke-29 tahun 2022 (ME29/2022) berbanding ME 28/2022.

“Katil bukan kritikal meningkat sebanyak tiga peratus; katil unit rawatan rapi (ICU), meningkat sebanyak satu peratus dan Katil Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), meningkat sebanyak dua peratus.

“Peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus pada ME 29/2022 berbanding ME 28/2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kes positif yang dipantau Pusat Penilaian Covis-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan.

“Berdasarkan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 28/2022 dan ME 29/2022, bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 28 peratus.

“Bagi bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 26.9 peratus serta bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 16.1 peratus,” katanya.

Terdahulu, Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,720 kes berbanding kelmarin, 4,816 kes sekali gus diatasi 4,012 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 989 kes diikuti Perak (253), Kuala Lumpur (240), Pulau Pinang (236), Sabah (226), Negeri Sembilan (215), Melaka (131), Johor (111), Kedah (101) dan Putrajaya (55).

Diikuti Kelantan (49), Sarawak (41), Terengganu (24), Pahang (38), Perlis (6) dan Labuan, lima kes.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19hospital awampesakit COVID-19Tan Sri Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wabak FMD Indonesia Dorong Sekatan NZ, Australia

Next Post

Iran Didakwa Miliki Bekalan Uranium Mencukupi Untuk Hasilkan Bom Nuklear

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post
Iran Didakwa Miliki Bekalan Uranium Mencukupi Untuk Hasilkan Bom Nuklear

Iran Didakwa Miliki Bekalan Uranium Mencukupi Untuk Hasilkan Bom Nuklear

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd