• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Jangka KB Sentral Disiapkan Pada 2025

oleh AK-47
18/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelantan Jangka KB Sentral Disiapkan Pada 2025
Share on FacebookShare on Twitter

DUN KELANTAN | Kerajaan Kelantan menjangkakan pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Tunjong, Kota Bharu, akan siap sepenuhnya pada hujung 2025.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor, berkata projek berkenaan tergendala sehingga gagal disiapkan mengikut jadual asal kerana kesan pandemik Covid-19.

Katanya dokumen permintaan untuk cadangan (request for proposal – RFP) bagi projek itu dikeluarkan pada 2020 lagi.

“Proses RFP ini sedikit tergendala ekoran pandemik Covid-19 dan kerajaan negeri pada 1 Jun lalu memilih satu pembangunan KB Sentral di atas tanah seluas 0.4 hektar yang merangkumi stesen bas bersepadu, bangunan komersial dan pangsapuri.

“Terminal Stesen Bas Bersepadu ini dijangka siap pada hujung 2025,” katanya.

Tambah Azami keseluruhan pembangunan yang lain dijangka akan siap dalam tempoh sembilan tahun.

Dia berkata demikian selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Pada 25 Mei lalu ini Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah menjelaskan KB Sentral yang dirancang kerajaan sebelum ini tergendala kerana tiada kesanggupan di pihak kontraktor.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri sudah mencapai persetujuan dengan sebuah syarikat untuk meneruskan pembangunan tersebut dan majlis pelancaran atau pecah tanah bakal berlangsung dalam tempoh sebulan kemudian (Jun).

Bagaimanapun semakan Malaysiakini sehingga kini mendapati majlis pelancaran atau pecah tanah itu belum diadakan setakat ini.

Terdahulu isu pembinaan KB Sentral dibangkitkan selepas keadaan stesen bas sementara di Lembah Sireh, Kota Bharu, tular di media sosial khususnya di kalangan rakyat Kelantan yang turut membandingkan dengan kemudahan sama di negeri-negeri lain.

Malah ada juga pihak yang menggambarkan keadaan stesen bas sementara itu seerti ‘kandang lembu’ susulan kehadiran kelibat haiwan tersebut di sekitarnya.

-Malaysia Kini

Tags: KB SentralKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd