• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Nombor Satu Di Asia Tenggara

oleh Mohd Arshad
11/07/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Nombor Satu Di Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : ‘Gergasi bola sepak’ Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menempa sejarah tersendiri apabila kini memegang ‘takhta’ sebagai pasukan paling bernilai Asia Tenggara (ASEAN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laman sesawang terkenal, transfermarkt.com, skuad Harimau Selatan itu memintas kelab Buriram United apabila memiliki nilai RM39.8 juta berbanding wakil dari Thailand itu yang dianggarkan hanya RM38.2 juta.

Ini menyaksikan peningkatan nilai sebanyak RM7.2 juta selepas pasukan itu yang sebelum ini menjadi kelab kedua paling bernilai dari ASEAN memegang ‘tanda harga’ sebanyak RM32.6 juta, Mac lalu.

Satu lagi kelab dari Thailand, BG Pathum United pula bernilai RM34.8 juta – hanya tiga kelab dari ASEAN yang tersenarai dalam kelompok 100 pasukan paling bernilai dari benua Asia berdasarkan laman sesawang itu

Secara keseluruhan dalam kelompok 100 pasukan paling bernilai di Asia itu, JDT berjaya menduduki tangga ke-83 manakala Buriram United (86) dan BG Pathum United (99).

Berdasarkan laman sesawang yang sama, kelab paling bernilai di Asia menjadi milik pasukan dari Arab Saudi, Al-Hilal dengan nilai RM275 juta disusuli satu lagi pasukan dari Arab Saudi, Al Nassr (RM243 juta) dan Al-Duhail dari Qatar (RM150.3 juta).

Shanghai Port yang menduduki tangga ketujuh menjadi kelab paling bernilai dari China dengan nilai RM130 juta sementara lawan yang menanti JDT di pusingan 16 terbaik Liga Juara Juara Asia (ACL) iaitu Urawa Red Diamonds di tangga ke-14 dengan RM94.8 juta.

Gelaran kelab paling bernilai dari Korea Selatan dipegang Jeonbuk Hyundai Motors dengan nilai RM92 juta membolehkan mereka menduduki tangga ke-16 daripada 100 pasukan.

Berdasarkan pecahan mengikut benua, kelab paling bernilai di Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) adalah El-Ahly (RM155 juta) sementara Atlanta United (RM349 juta) di Zon Persekutuan Persatuan Bolasepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).

Zon Konfederasi Sepak bola Amerika Selatan (CONMEBOL) ‘dipegang’ Flamengo yang bernilai RM744 juta sementara Wellington Phoenix di Konfederasi Bolasepak Oceania (OFC) dengan RM29 juta.

Sebagai perbandingan, tiga kelab paling bernilai di seluruh dunia mengikut penilaian transfermarkt adalah dari Eropah iaitu dua wakil dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dan Liverpool serta juara Perancis, Paris Saint Germain.

Manchester City bernilai RM5 bilion sementara PSG pula bernilai RM4 bilion dan The Reds diletakkan nilai sebanyak RM3.9 bilion.

Senarai 10 kelab paling bernilai Asia:

1. Al-Hilal (Arab Saudi) RM275 juta

2. Al Nassr (Arab Saudi) RM243 juta

3. Al-Duhail (Qatar) RM150.3 juta

4. Al-Shabab (Arab Saudi) RM147 juta

5. Al-Ittihad (Arab Saudi) RM132.8 juta

6. Sharjah (Emiriah Arab Bersatu) RM130.9 juta

7. Shanghai Port (China) RM130 juta

8. Al-Sadd (Qatar) RM116.3 juta

9. Al-Wahda (Emiriah Arab Bersatu) RM112.6 juta

10. Al-Ain (Emiriah Arab Bersatu) RM110.3 juta

Senarai kelab paling bernilai ASEAN

83. JDT (Malaysia) RM39.8 juta

86. Buriram United (Thailand) RM38.2 juta

99. BG Pathum United (Thailand) RM34.8 juta

-Berita Harian

Tags: Asia tenggarabola sepakJDTkelab bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Undang-Undang Anti Lompat Parti Dilaksana Hujung September

Next Post

Covid-19 (11 Julai): 3,264 Kes Baru, 70 Peratus Di Lembah Kelang

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post
Covid-19 (11 Julai): 3,264 Kes Baru, 70 Peratus Di Lembah Kelang

Covid-19 (11 Julai): 3,264 Kes Baru, 70 Peratus Di Lembah Kelang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd