• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri: Serang Saya Bermakna Lemahkan BN

oleh AK-47
02/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ismail Sabri: Serang Saya Bermakna Lemahkan BN
Share on FacebookShare on Twitter

Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.

Ismail Sabri berkata beliau juga adalah perdana menteri yang memimpin kerajaan persekutuan pada masa ini dan sebarang perbuatan menyerang kerajaan adalah umpama menyerang kerajaan pimpinan BN.

“Sebenarnya malam ini saya tidak berucap, sepatutnya saya diberi slot esok (di Konvensyen BN Sabah) tetapi saya minta maaf tidak dapat hadir… saya berucap malam ini walaupun lima minit sebab dah ada orang kata perdana menteri disekat daripada berucap di Konvensyen BN Sabah.

“Apa berlaku malam ini jelas menunjukkan bahawa pihak di luar sedang cuba memecahbelahkan perpaduan sesama kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan Umno, Karamunsing malam ini.

Turut hadir Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin.

Ismail Sabri berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hangat diperkatakan, pihak luar semakin rancak cuba memecahbelahkan perpaduan dalam BN.

Justeru, beliau mengingatkan semua ahli BN supaya sentiasa berusaha ke arah merapatkan perpaduan sesama sendiri serta meletakkan fokus yang jelas untuk menentang pembangkang dan bukan menyerang sesama sendiri.

“Jadi, apa sebab kita menyerang sesama sendiri kecuali kita nak berperang sesama sendiri dalam pemilihan parti. Sebab itulah pembunuhan karakter berlaku sebab kita nak ‘bunuh’ sesama sendiri kerana akan berlaku pertandingan sesama kita.

“Tetapi apabila kita sudah tentukan tidak akan berlaku pertandingan sesama kita tetapi akan berlaku PRU dulu, patut fokus kita mesti ke arah PRU, bila PRU itu kita akan bincang, saya akan bincangkan dengan kepimpinan tertinggi Umno, bincang dengan kepimpinan BN, waktu itu kita putuskan,” katanya.

Perdana menteri berkata walaupun pada masa ini masih belum diketahui bila PRU15 akan diadakan, semua ahli BN perlu siap sedia dan sentiasa menganggap seolah-olah pilihan raya itu akan diadakan esok.

Ismail Sabri berkata Konvensyen BN Sabah yang akan berlangsung esok selain menjadi medan untuk merapatkan saf dalam parti juga perlu menjadi wadah meletakkan hala tuju dan gerak kerja ke arah persediaan menghadapi PRU15.

“Saya tanya pada Bung (Moktar) dia kata ‘Sabah tatap ready’… saya dan rakan-rakan dalam kerajaan banyak isu (perlu) diselesaikan, harga barang, kos sara hidup.

“Pembangkang sekarang apabila dapat gambaran pilihan raya akan diadakan, akan memulakan momentum ke arah menentang kerajaan untuk menaikkan sentimen rakyat tentang kerajaan,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan akan terus cuba mengelakkan kenaikan harga barang yang melampau bagi memastikan rakyat tidak begitu tertekan.

Katanya lebih RM70 bilion dibelanjakan untuk memberikan subsidi kepada barangan tertentu dalam usaha mengawal kenaikan harga.

Bernama-

Tags: BNIsmail Sabri YaakobPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terengganu Anjur Semula Perkahwinan Percuma

Next Post

Penipuan Besar Dalam Pemilihan? PKR Kini Di Persimpangan – Sumber

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
Penipuan Besar Dalam Pemilihan? PKR Kini Di Persimpangan – Sumber

Penipuan Besar Dalam Pemilihan? PKR Kini Di Persimpangan - Sumber

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd