• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IRDA Catat RM13 Bilion Pelaburan, 6,000 Terima Manfaat

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
IRDA Catat RM13 Bilion Pelaburan, 6,000 Terima Manfaat
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) mencatatkan RM13 bilion nilai pelaburan komited setakat Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM6 bilion daripada nilai berkenaan sudah direalisasikan.

“Jumlah yang dicatat ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia. Lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembangunan pusat data.

“Pelaburan asing ini akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia.

Secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli IRDA kali ke-30, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, sejak penubuhannya, IRDA merekodkan RM219 bilion dengan 60 peratus daripadanya (hampir RM221 bilion) adalah pelaburan domestik dan selebihnya RM148 bilion membabitkan nilai pelaburan asing.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan.

“Pembangunan teknologi 5G yang juga komponen sokongan utama Pertanian Moden disegerakan di Kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara.

“Ini adalah sejajar dengan agenda kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai Agrifood Hub Malaysia,” katanya.

Katanya, IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022 – 2030 yang bakal menjadikan wilayah ini sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara dengan berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan, kejutan dan tekanan masa depan.

“Pembangunan di wilayah ini penting bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh,” katanya.

-Harian Metro

Tags: IRDApelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd