Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Parti Didakwa Jual...

PETALING JAYA - Beberapa anggota parti politik membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung...

Israel Mahu Bina Lebih...

BAITULMUQADDIS : Kerajaan Israel bercadang untuk menggandakan jumlah penempatan haram Yahudi di Bukit...

Piala AFC: Pahang Mahu...

KUANTAN - Pahang berazam mencatatkan kemenangan pada perlawanan menentang Istikol FC esok, meskipun...

Awie Hilang Hak Jagaan...

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Rabu, mengetepikan perintah hak jagaan sementara anak yang...

Iran Didakwa Miliki Bekalan Uranium Mencukupi Untuk Hasilkan Bom Nuklear

WASHINGTON – Seorang bekas pegawai kanan Washington mendakwa bahawa Iran telah pun menjadi sebuah negara berkeupayaan senjata nuklear dengan mempunyai bekalan uranium yang mencukupi bagi membina satu atau dua bom pemusnah itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Robert Joseph berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah mendokumentasikan bahawa Iran memiliki 60 peratus uranium yang diperkaya.

Jumlah tersebut cukup untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu atau dua bom nuklear.

“Selama bertahun-tahun kami telah katakan bahawa Iran menghampiri tempoh itu dan kita benar-benar perlu berunding dengan mereka,” kata beliau menjelang persidangan ‘Bebaskan Iran’ yang dijadualkan berlangsung di Albania.

Acara itu bagaimanapun dibatalkan disebabkan ancaman keganasan.


Sementara itu, IAEA, sebuah badan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mei lalu berkata, tempoh masa yang diperlukan oleh Iran untuk menghasilkan senjata nuklear telah berkurangan kepada dua minggu.

Bagaimanapun, Institut bagi Keselamatan Sains dan Antarabangsa pada bulan berikutnya mendakwa bahawa tempoh masa itu telah mencecah sifar.

“Kami mendapat tahu bahawa Iran sering menjalankan ujian peluru berpandu balistik. Mereka juga sedang mendapatkan bekalan uranium yang mencukupi bagi menghasilkan senjata nuklear,” kata seorang ahli Parlimen Britain, Matthew Offord.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori