Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Anak pelakon veteran, Ira Kazar diberi masa sebulan untuk memasukkan pembelaannya di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung saman yang dikemukakan oleh isteri pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Memaklumkan perkara berkenaan, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon yang lebih dikenali sebagai Puteri Sarah selaku plaintif berkata, mahkamah memberikan ruang waktu itu kepada Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin selaku defendan.

“Jika perlu jawab, kita akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara.

“Mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya ketika ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Menyentuh perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak), Akberdin berkata, mahkamah turut mengekalkan perkara itu iaitu defendan diperintah berhenti daripada mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah di media sosial.

Selain Akberdin, pelakon filem ‘Lu Fikirlah Sendiri De Movie’ dan drama ‘Sabarlah Duhai Hati’ itu turut diwakili peguam Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd Latiff.


Dalam prosiding kali ini, Puteri Sarah dan Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguam masing-masing.

Mengesahkan perkara itu, peguam, Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi berkata, pihaknya perlu memasukkan pembelaan sebelum atau pada 4 Ogos depan.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan mahkamah mengesahkan defendan telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” katanya.

Pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada seorang wanita, sejak empat tahun lalu.

Dia mendakwa, individu itu melakukan gangguan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...