• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

oleh Mohd Arshad
18/04/2023
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah mengikut prosedur yang sepatutnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Akberdin menjelaskan perkara itu ketika ditanya mengenai bantahan yang dibuat pihak peguam defendan, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul Yusof.

“Pihak defendan membantah dan menurut mereka, ada kecacatan dalam prosedur JKP. Jadi, mereka minta JKP baharu dilantik.

“Saya membantah dan maklumkan bahawa perjalanan prosedur yang dilakukan mengikut budi bicara JKP dan berjalan lancar.

“Bagaimanapun, mahkamah memberi tarikh kepada pegawai JKP untuk memberikan penjelasan, sekali gus tidak membaca dapatan (finding) daripada proses JKP itu disebabkan ada bantahan,” katanya.

Menurut Akberdin, proses JKP berjalan mengikut budi bicara pegawai dan tidak seharusnya menimbulkan isu.

“Tiga individu yang terbabit dalam prosedur JKP itu memang ada. Cara pelaksanaannya, JKP berjumpa dengan plaintif atau pemohon dan kemudian, berjumpa dengan defendan.

“Tapi, mengikut pemahaman mereka (pihak defendan), JKP perlu berjumpa kedua-dua belah pihak secara serentak sedangkan, ia mengikut budi bicara mereka.

“Tak ada isu pun sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditemui berkata, dia percaya bahawa dia berada di pihak yang benar dan adanya hakam.

“Mengenai dakwaan itu, itu atas budi bicara mereka (JKP) dan tak ada isu pun. Saya percaya, ada hakam dan saya percaya saya di pihak yang benar,” katanya.

Tarikh seterusnya yang ditetapkan mahkamah adalah pada 25 Mei ini.

Bantahan yang dibuat pihak peguam Syamsul itu sekali gus menggagalkan prosiding lafaz cerai, hadanah dan sulh yang berlangsung hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

-Harian Metro

Tags: JKPPeguamPuteri SarahSyamsul Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd