• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Intai Orang Muda Jadi PRU-15

oleh Mohd Arshad
31/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Intai Orang Muda Jadi PRU-15
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) kini mengintai calon dalam kalangan orang muda untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata atas arahan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maka usaha mengenalpasti calon muda ini sudah dilaksanakan.

Katanya, beliau bersama Ketua Pemuda BN, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri BN, Datuk Zahida Zarikh Khan sudah turun padang ke negeri untuk mengenalpasti calon muda yang berpotensi diketengahkan dan menjadi calon pada PRU-15.

“Selain mengintai calon muda, kami sekarang turun ke negeri untuk melihat tahap persiapan BN menghadapi PRU-15.

“Tahap persiapan kita Alhamdililah semuanya sudah bersiap sedia menghadapi PRU-15,” katanya berucap pada Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan Ahmad Zahid adalah yang pertama pernah dianjurkan Puteri BN.

Zambry berkata, dalam kajian BN mendapati bilangan pengundi baharu berusia 18 tahun hingga ke 40 tahun adalah 50 peratus daripada keseluruhan pengundi di negara ini.

“Oleh itu, ini mesej jelas pengundi muda ini penting untuk masa kini dan masa depan.

“Jadi, jangan kita ambil mudah pengundi muda ini kerana mereka berpotensi memberi kemenangan kepada parti,” katanya.

Beliau menegaskan, perkara itu sudah dibuktikan melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

“Begitu ramai anak muda diberikan tempat untuk bertanding. Jadi tidak mustahil calon dalam kalangan Puteri pun akan ditonjolkan sebagai calon pada PRU akan datang.

“Inilah masa untuk kamu semua menonjolkan bakat dan kami kena turun padang bagi kenal pasti calon muda bukan hanya sebagai calon tetapi juga generasi kepemimpinan parti,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BNorang mudaPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UniSZA Terima 1,845 Pelajar Baharu Bermula 1 Ogos

Next Post

4,271 Kes Baru Covid-19, Korban Meningkat 4 Lagi

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post
4,271 Kes Baru Covid-19, Korban Meningkat 4 Lagi

4,271 Kes Baru Covid-19, Korban Meningkat 4 Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd