Sample Page Title

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi mewujudkan dimensi baharu dunia perniagaan dikenali perniagaan digital.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perniagaan digital secara umum adalah sebarang transaksi perdagangan yang dijalankan menerusi teknologi internet.

Ia termasuk aktiviti pemberian maklumat promosi dan pengiklanan, pemasaran, pembekalan, penghantaran barangan dan perkhidmatan.

Malaysia turut menyaksikan perkembangan pesat perniagaan digital dengan begitu banyak syarikat mahupun individu menyertainya.

Daripada sebesar item seperti kenderaan sehingga sekecil produk seperti pensil kini dijual dan dipasarkan secara dalam talian.

Kebanyakan syarikat sedia maklum perniagaan digital dikenakan cukai pendapatan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagaimanapun sebilangan yang terlibat dalam perniagaan digital secara digital masih kurang peka tentang perkara itu.

Mungkin kerana mereka berpandangan perniagaan digital dilakukan secara maya, maka ia bukanlah sebuah perniagaan secara rasmi.

Pandangan itu silap kerana penetapan terhadap individu yang memiliki pendapatan melebihi nilai ambang adalah jelas.

Bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) cukai pendapatan yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

a) Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;

b) Laba / keuntungan daripada penggajian;


c) Dividen, faedah atau diskaun;

d) Sewa, royalti atau premium;

e) Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan

f) Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas

Justeru, individu memperoleh pendapatan melebih nilai ambang daripada apa jua sumber yang diatas adalah layak dikenakan cukai.

Termasuk mereka yang berniaga secara dalam talian. Nilai ambang bermaksud jumlah pendapatan yang layak dicukaikan.

Sebagai contoh kadar cukai bagi tahun taksiran 2021 adalah RM5,000 ke atas dan cukai ini adalah penting untuk negara.

Sebagaimana dinyatakan LHDNM pembayaran cukai perniagaan digital sama sahaja seperti perniagaan offline atau konvensional.

Peruntukkan kedua-dua jenis perniagaan itu tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia merujuk kepada pendapatan bagi sesuatu perniagaan yang layak dikenakan cukai pendapatan.

Bagaimanapun selepas mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...