Sample Page Title

Artikel ini bertujuan mengimbau perkembangan industri bola sepak tanah air sejak kemunculan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula tahun 2013.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Artikel ini tidak bersandarkan persepsi, bias, sentimen atau yang sama waktu dengannya. Ia digarap berdasarkan pandangan yang luhur dan saksama.

Penulis sendiri bukan anak Johor dan JDT bukan pasukan penulis. Namun, sudah tiba masanya ada pihak yang bercakap kebenaran yang ramai tidak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Barangkali ada yang tidak bersetuju, tetapi hakikatnya sama ada ramai yang suka atau tidak suka, kehadiran JDT sebenarnya telah membantu menaikkan semula mutu bola sepak tanah air.

Menelusuri realiti perjalanan sukan bola Malaysia secara jujur, haruslah kita perakui bahawa industri bola sepak tanah air sebenarnya telah lama tenggelam sebelum kemunculan JDT.

Ia telah musnah terutama selepas skandal rasuah bola sepak Malaysia 1994 yang meranapkan hampir sepenuhnya industri bola sepak tanah air ketika itu.

Rata-rata peminat sukan itu sendiri menganggap skandal tersebut sebagai pemangkin atau era kepada bermulanya kejatuhan bola sepak Malaysia.

Sejak skandal itu berlaku, industri bola sepak merundum, kurang mendapat perhatian, kekurangan penaja, kehadiran penonton yang hambar kecuali di perlawanan akhir.

Penyokong yang merasa tertipu dengan pasukan masing-masing yang menentukan keputusan permainan berdasarkan jumlah rasuah yang diterima, mula menjauhkan diri pada sukan itu.

Sokongan peminat yang muram selama bertahun-tahun lamanya menyebabkan pengurusan pasukan bertanding juga hilang “enthusiasm” atau kesungguhan apatah keterujaan untuk memberi yang terbaik termasuk dalam aspek fasiliti, kejurulatihan mahupun kualiti pemain.

Pencapaian bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa juga sedikit demi sedikit menuju ke lembah kehinaan sehingga tiada semangat untuk majoriti kita mengambil peduli.

Antara yang masih kekal setia mengikuti perjalanan bola sepak Malaysia ketika itu pun hanya segelintir kecil penyokong tegar atau sebilangan petugas media yang sememangnya tugasan mereka.

Bagaimanapun selepas Tunku Mahkota Johor yang kini Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menubuhkan dan seterusnya merevolusikan JDT, industri bola sepak Malaysia kembali segar dan meriah.

Kemunculan JDT mencetuskan aura tersendiri sama ia “a good marketing or bad marketing” menyebabkan orang ramai kembali memberi perhatian terhadap Liga Malaysia.

Suka JDT atau benci JDT, yang penting orang mula memberikan perhatian kembali kepada bola sepak negara.

 

JDT umpama baja kepada pokok yang hampir mati.

Masyarakat Malaysia kembali membanjiri stadium terutama perlawanan yang melibatkan JDT sama ada mahu melihat kemenangan ataupun kekalahan JDT.

Bola sepak mula menjadi buah mulut kembali.

Sektor korporat juga kembali berminat membuat pelaburan menaja pasukan bertanding sehingga nama-nama yang kurang sesuai dengan sukan bola sepak pun berlumba-lumba mahu menjadi penaja.

Sehingga timbul idea untuk mengecat stadium dengan warna merah jambu dan banyak lagi yang pelik-pelik kerana mereka tahu prestij bola sepak Malaysia telah kembali. Mereka tahu rakyat mula kembali memberikan perhatian terhadap Piala Malaysia dan piala-piala yang lain.

Kehadiran JDT dengan kelengkapan terkini, jurulatih terbaik, kemudahan paling moden, memaksa pengurusan pasukan lain untuk bekerja keras melakukan yang terbaik ekoran bimbang dimaki hamun penyokong yang mahu setanding atau hampir macam JDT.

Tunku Ismail telah meletakkan standard tinggi yang tidak pernah disaksikan dalam industri bola sepak Malaysia dan itu telah memberi kesan kepada pengurusan pasukan lain.

Namun, kesan itu sebenarnya positif apabila semua pasukan mula mengejar penanda aras tinggi yang diwujudkan oleh JDT dalam sukan bola sepak negara.


Mereka terpaksa bersaing untuk mengambil pemain import berkualiti, berbelanja untuk menaik taraf kemudahan stadium sehingga ke peringkat membina stadium baharu.

Terpaksa menawarkan gaji semaksimum yang boleh kepada pemain sekali gus mengangkat kerjaya sebagai pemain bola sepak di Malaysia ke satu tahap yang seterusnya.

Semua itu terpaksa dilakukan demi mengelak dari dimaki atau dikutuk penyokong sendiri yang mula membandingkan apa yang JDT ada dengan apa yang pasukan mereka ada.

Mungkin sebab itu tiba-tiba wujud gesaan agar stadium Shah Alam diperbaiki kerana penyokong Selangor segan dengan stadium milik JDT.

Bukan sekadar FA negeri atau kelab, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang selama ini umpama makan tidur dan mandul idea baru, turut terpaksa memperbaiki kualiti kewujudan mereka di mata peminat bola sepak negara.

Pasaran jersi dan “merchandise” pasukan bertanding Liga Malaysia juga mengalami lonjakan lalu mendorong lanun cetak rompak untuk kembali beroperasi mengambil kesempatan.

JDT mencipta sejarah menang Kejuaraan Piala AFC 2015 dan layak ke pusingan kalah singkir Liga Juara AFC (ACL) 2022 mengangkat sukan bola sepak Malaysia di mata dunia.

JDT membawa masuk bekas pemain bertaraf dunia untuk bermain dalam Liga Malaysia menyebabkan Liga Malaysia sedikit sebanyak mendapat perhatian dunia bola sepak.

Memberi peluang kepada pemain Malaysia untuk menimba ilmu dan pengalaman berlatih dan bermain bersama bekas pemain antarabangsa.

Begitu juga percaturan Tunku Ismail membawa pulang anak Malaysia berbakat di luar negara dan membawa pemain naturalisasi memberi kelebihan untuk skuad kebangsaan.

Tunku Ismail walaupun selaku pemilik JDT pernah berjanji untuk membantu menaikkan semula bola sepak Malaysia dan ternyata baginda telah pun melakukannya dengan cemerlang.

 

Walau apa yang sebilangan pihak katakan terhadap JDT dan Tunku Ismail, teryata baginda telah melaksanakan janjinya dengan cara tersendiri sama ada ramai sedar atau tidak sedar.

Kejayaan Malaysia berjaya layak ke Piala Asia 2023 adalah persembahan terbaik skuad Harimau Malaya sejak 42 tahun lepas, kata legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail.

Hakinatnya, bukan secara tiba-tiba mutu bola sepak kita meningkat, tetapi kerana perubahan yang telah bermula dalam kesemua pasukan bola sepak di kesemua peringkat sejak tahun 2013 hingga kini.

Mungkin ada yang akan mengungkit masa baginda di FAM dahulu, namun yang benar-benar arif hakikat bola sepak Malaysia akan faham FAM lebih kepada satu musibat dalam memajukan sukan bola sepak negara.

Ia dahulunya dipenuhi pegawai-pegawai yang mandul idea baru, rendah motivasi dan tiada kesungguhan dari jiwa untuk melihat kejayaan pasukan kita. Amat sukar untuk berkerja dan mendapat hasil melalui FAM.

Sebarang kejayaan yang mahu dicipta perlu dibuat dari luar persatuan itu dan itu yang Tunku Ismail berjaya lakukan dengan penubuhan JDT yang berada dalam kelasnya yang tersendiri, sehingga mendorong pasukan lain serta FAM berusaha lebih dan hasilnya kita layak ke Piala Asia 2023 secara merit untuk pertama kali sejak 42 tahun lalu.

Presiden FAM sendiri mengesahkan pasukan bola sepak negara layak ke Piala Asia 2023 adalah kerana sokongan padu Tunku Ismail.

Ini pula kata-kata ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengenai Tunku Ismail sebelum ini:

“Dalam masa kurang sedekad, Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi selari dengan semangat cintakan bola sepaknya yang mendalam”

“Di bawah kendaliannya, JDT menyalurkan lebih 15 pemain kepada pasukan kebangsaan, malah lebih ramai pemain baharu yang lebih baik sedang dalam persiapan”

“Tunku Ismail sentiasa menyokong pasukan kebangsaan sejak awal dan kami amat menghargai jasanya. Sebelum kedatangan saya, saya sudah tahu mengetahui mengenai JDT”.

Suka tak suka, benci atau sayang, JDT adalah pemangkin yang menghidupkan kembali mutu dan sukan bola sepak negara yang suram untuk tempoh masa yang lama.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...