• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Baling: 300 Penduduk Babitkan 75 Keluarga Terjejas

oleh Mohd Arshad
29/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Baling: 300 Penduduk Babitkan 75 Keluarga Terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

BALING : Banjir kilat yang melanda sembilan kampung di Mukim Kupang petang semalam, menjejaskan sekurang-kurangnya 75 keluarga membabitkan 300 penduduk.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penghulu Mukim Kupang, Badrul Hisham Che Li, berkata kampung terbabit Kampung Iboi, Lata Chelak, Padang Empang, Masjid Iboi, Bendang Padang, Bendang Bechah, Jerai, Hangus dan Bukit Hijau.

Beliau berkata, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 19 keluarga daripada 58 mangsa yang terjejas teruk dalam banjir semalam.

Manakala penduduk yang lain berpindah ke rumah jiran dan air hanya masuk paras 0.5 meter sahaja dan surut sejam kemudian.

Katanya, susulan itu juga jambatan bailey yang dibina terpaksa ditutup untuk sementara kepada lalu lintas.

“Hujan lebat berterusan selama tiga jam dan berlarutan sehingga malam menyebabkan jambatan terpaksa ditutup pada jam 10 malam tadi.

“Arus deras Sungai Kupang sehingga melepasi paras titi itu menyebabkan ia ditutup kepada lalu lintas,” katanya.

Badrul Hisham berkata, keadaan cuaca tidak menentu semua mangsa yang berpindah ke PPS tidak dibenarkan pulang ke rumah.

“Semua mangsa perlu akur demi keselamatan mereka bagi mengelakkan kejadian kali kedua berulang.

“Rata-rata rumah mangsa hanya 30 meter sahaja daripada tebing sungai, apabila hujan lebat berterusan lebih dua jam air cepat melimpah,” katanya.

Seorang mangsa, Azizah Ahmad, 65, dari Kampung Padang Empang, berkata dia berpindah jam 8 malam tadi selepas air masuk ke rumah sehingga paras tingkap.

Beliau berkata, mereka enam beranak keluar ke dewan yang disediakan bagi mengelak kejadian buruk.

“Cukuplah tragedi pertama yang amat mengerikan dan tidak mahu kejadian kedua berulang.

“Saya mengambil keputusan berpindah segera dan mengambil segala dokumen penting ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang, hari ini.

Azizah berkata, dia berharap kerajaan dapat membina penempatan baru seperti rumah melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) untuk penduduk yang terjejas banjir.

“Kami rasa tidak selamat lagi untuk tinggal di kediaman sedia ada.

“Setiap kali hujan lebat hati semakin berdebar kerana trauma dengan kejadian yang berlaku,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Che Putih Ahmad, 54, berkata rumahnya dinaiki air paras satu meter menyebabkan mereka lima beranak berpindah ke PPS yang disediakan.

Beliau berkata, air melimpah dengan cepat selepas hujan lebat lebih tiga jam petang semalam.

“Kami berpindah segera kerana bimbang terperangkap kerana waktu malam.

“Jadi langkah selamat berpindah dan tidak mengambil risiko tinggal di rumah,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BalingBanjirBanjir Balingmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd