Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UNICEF Lancarkan Tabung Bantuan...

KATHMANDU - Seminggu selepas gempa bumi yang dasyat melanda Nepal, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan...

Dakwah Lebih Santai

KUALA LUMPUR - Apabila disebut saja mengenai TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi...

Bihun Kaca: Keluarga Mahu...

SUNGAI BULOH - Sebahagian keluarga kepada tujuh pelajar yang dimasukkan ke hospital selepas...

Debaran JDT, Terengganu Di...

KUALA LUMPUR - Segenap mata pasti tertumpu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,...

Anggota Polis URB Parah Dihimpit Kenderaan Penyeludup Diesel

KULIM: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah selepas terbabas ketika cuba menahan sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Kulim-Serdang berhampiran pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kulim, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi tadi, anggota berusia 31 tahun berpangkat koperal dari Balai Polis Hi-Tech Kulim mengalami kecederaan di kepala dan kini dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, anggota polis masih dirawat dan belum sedar.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama rakannya cuba menahan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Frontier dipandu seorang lelaki yang cuba mengelak untuk pemeriksaan.

“Ketika hendak ditahan, suspek terus melarikan diri dengan kenderaannya dan ketika anggota itu mengejar suspek yang berusia 40-an dia dihimpit sehingga terbabas.


“Bagaimanapun, suspek yang telah melarikan diri telah berjaya ditangkap di Butterworth, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat ke atas suspek yang berasal dari Sungai Petani mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah selain positif dadah jenis ganja.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek juga mendapati ia telah diubahsuai dengan meletakkan tangki minyak tambahan di bahagian belakang. Kita percayai suspek terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori