• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar

oleh AK-47
11/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar pagi tadi berikutan orang ramai dijangka memulakan perjalanan masuk atau keluar dari Lembah Klang selepas bercuti sempena Hari Raya Aidiladha semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Twitter rasminya melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat 10.30 pagi ini.

Selain itu, trafik juga dilaporkan lancar di Tambak Johor di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di KM52.7 arah utara dari Sedenak ke Simpang Renggam namun tiada lorong terhalang dan kenderaan bergerak lancar.

Selain itu, satu kemalangan dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di KM34 arah barat dari Genting Sempah ke Gombak sehingga menghalang laluan lorong laju namun aliran trafik masih lancar di lokasi.

LLM menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan sama ada perjalanan keluar atau kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

-Harian Metro

Tags: aliran trafiklebuh rayatrafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd