• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Penghargaan Tindakan Segera Bantu Mangsa Banjir Di Baling

oleh AK-47
09/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Zahir Penghargaan Tindakan Segera Bantu Mangsa Banjir Di Baling
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan, petugas keselamatan, syarikat swasta dan individu yang mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di daerah Baling pada Isnin lepas dan telah meragut tiga nyawa manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tiga mangsa terbabit dan berharap seluruh keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar penduduk yang terjejas khususnya mereka yang telah kehilangan kediaman, tabah dan sabar menghadapi dugaan yang berat ini. Seri Paduka menasihati penduduk di kawasan terbabit supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” menurut Ahmad Fadil dalam kenyataan pada Sabtu.

Bencana banjir dan kepala air yang berlaku kira-kira jam 4 petang pada Isnin itu menjejaskan 12 kampung di sekitar daerah Baling membabitkan Kampung Iboi, Kampung Lata Celak, Kampung Padang Empang, Kampung Bukit Iboi, Kampung Masjid Iboi, Kampung Bendang Padang, Kampung Bendang Bechah, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Bukit Tinggi, Klinik Kampung Pisang dan Kampung Sadik.

Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun, termasuk seorang wanita hamil, ditemukan maut selepas dihanyutkan arus banjir di Kampung Iboi.

Sebagai solidariti atas musibah yang berlaku, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengambil maklum bahawa masjid-masjid di seluruh negeri Pahang melaksanakan kutipan pada solat Jumaat untuk disumbangkan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Al-Sultan Abdullah menyeru kerajaan dan badan bukan kerajaan supaya menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana tersebut.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat untuk bersama Baginda mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah,” kata Ahmad Fadil.

-Sinar Harian

Tags: AgongBanjirBanjir Balingmangsa banjirPenghargaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd