• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat jam 2 petang ini.

Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Pahang mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 12,884 orang membabitkan 4,259 keluarga yang ditempatkan di PPS di enam daerah iaitu Kuantan (47), Pekan (11), Maran (tujuh), Rompin (lapan), Jerantut (empat) dan Lipis (satu).

Di Terengganu, seramai 678 mangsa membabitkan 222 keluarga ditempatkan di 17 PPS di tiga daerah iaitu Kemaman (14), Hulu Terengganu (satu) dan Dungun (dua).

Di Johor, seramai 356 mangsa daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Mersing manakala lima PPS di Kelantan menempatkan 73 mangsa daripada 21 keluarga.

Di Selangor, seramai 47 mangsa ditempatkan di satu PPS di Gombak manakala 18 mangsa berlindung di dua PPS yang dibuka di Miri, Sarawak.

Berdasarkan Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sembilan sungai direkod berada pada tahap bahaya di Pahang, manakala masing-masing satu di Kelantan dan Sarawak.

Sembilan stesen di Pahang ialah Sungai Pahang di Jerantut Feri, Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Sungai Tembeling di Kampung Merting,Jerantut; Sungai Belat di Sri Damai, Sungai Lepar di Jam Gelugor, Kuantan; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Keratong di Kampung Rekoh, Rompin dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.

Di Sarawak ialah Long Teru, Miri dan di Kelantan membabitkan Sungai Lebir di Kuala Tualang, Kuala Krai.

BHonline-

Tags: mangsa banjirPahang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd