Sample Page Title

SEPANG : Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau masih belum bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan mengenai kedudukannya dalam Kabinet.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Zuraida berkata, beliau hanya sempat bertemu dengan Perdana Menteri pagi tadi ketika mereka menghadiri Mesyuarat Kabinet yang diadakan di Bangunan Perdana Putra.

“Saya masih menunggu tarikh (untuk berjumpa dengan Perdana Menteri), jumpa tadi ketika Mesyuarat Kabinet dan tak bincang (tidak bincang mengenai isu berkenaan),” katanya ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Zuraida turut memaklumkan beliau akan ke Sabah bagi menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko (AIKM) di Kota Kinabalu, malam ini.

Terdahulu, kereta yang membawa Zuraida dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra jam 9.25 pagi tadi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.


Khamis minggu lalu ketika ditanya pemberita, Ismail Sabri memaklumkan akan bertemu dengan Zuraida bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, sebelum mesyuarat berkenaan minggu ini.

Zuraida pada 26 Mei lalu dalam satu kenyataan media, mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU. Beliau kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dua hari lalu, Zuraida dilaporkan berharap dapat mengekalkan jawatannya dalam Kabinet untuk menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.

Bagaimanapun, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendiriannya bahawa parti itu tidak akan berganjak kerana kuota yang diduduki Zuraida sebagai menteri adalah milik parti itu.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...