Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Insurans Kemalangan Percuma Untuk...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah memperkenalkan Kad Ahli...

PRN Johor Tidak Boleh...

TANGKAK: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh ditangguhkan berikutan pembubaran Dewan Undangan...

Pelancaran Kad Sistem Link...

GEORGE TOWN - Semua pengguna sistem perkongsian basikal di Pulau Pinang kini mempunyai...

Buku Log Bas Merentasi...

KUCHING – Semua pemandu bas di kawasan pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dikehendaki...

Wujud Dalang Dalam KPDNHEP: Rosol

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendedahkan wujud dalang dalam kementerian itu menyebabkan beberapa siri serbuan yang dilakukan bagi mengatasi masalah barang tiruan menemui kegagalan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya mengesyaki ada dalang yang bertindak membocorkan maklumat berkenaan serbuan terbabit.

“Contohnya, kita ada dapat aduan di sebuah negeri mengenai barang tiruan, tetapi apabila kita pergi, barang itu sudah tiada.

“Seolah-olah macam mereka tahu apa yang kita hendak laksanakan. Namun, serbuan juga bukan hanya melibatkan kementerian kita, tetapi melibatkan banyak pihak lain,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran MyORI SmartSecure & Program Kepenggunaan pada Khamis.

Turut Hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyORI Services Sdn Bhd, Ling Ken Ji.

Justeru tegas beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap dalang terbabit.

Dalam pada itu, Rosol memaklumkan, KPDNHEP telah merampas 1,160 barangan tiruan membabitkan nilai RM94.65 juta sejak 2019 hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, ia hasil kejayaan daripada 14,187 pemeriksaan yang dijalankan dalam tempoh tersebut.

“Sebanyak 661 aduan berkaitan barangan tiruan diterima pada 2020, 443 aduan (2021) dan 131 aduan direkodkan sejak 1 Jan 2022 hingga semalam (Rabu).


“Aduan yang diterima juga membabitkan penjualan barangan tiruan di premis fizikal dan secara dalam talian.

“KPDNHEP juga amat tegas dalam menguatkuasakan perundangan untuk membanteras isu barangan tiruan dan cetak rompak menerusi Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga percaya pengenalan aplikasi MyORI SmartSecure yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store akan membantu dalam mengatasi masalah barang tiruan.

Tambah Rosol, produk yang berdaftar dengan MyORI SmartSecure akan dibekalkan pelekat pada produk tersebut untuk memudahkan pengguna mengenali produk asli.

“Ini membolehkan pengguna dapat menyemak dan membeli barangan yang tulen terutama untuk produk makanan atau ubatan.

“Produk lain juga terbuka untuk mendaftar bersama MyORI Services,” katanya.

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh syarikat SHSA World Sdn Bhd dan MyOri Services Sdn Bhd, manakala KPDNHEP bertindak selaku fasilitator.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori