Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Pasar Perikanan Kurangkan Peranan...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani mewujudkan pasar perikanan dalam usaha...

Kabinet Negeri Masih Baharu,...

KUCHING - Keputusan Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg...

Warga Maya Jadi ‘Detektif’...

KUALA LUMPUR - Rakaman video seks melibatkan pemimpin politik negara tular sehingga dalam...

Ahli Farmasi Berperanan Didik...

GEORGE TOWN - Ahli farmasi boleh memainkan peranan dalam mendidik orang awam tentang...

Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Ditembak

PASIR MAS : Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu.

“Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat.

“Semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan atas nama mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Muhammad Zaki memberitahu, temu bual bersama dengan ibu mangsa turut mengesahkan wanita berkenaan hamil tujuh bulan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.

“Susulan itu, polis menjalankan satu operasi dan menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh untuk membantu siasatan.

“Tempoh tahanan reman akan dipohon bermula hari ini bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan oleh pihak kami,” jelasnya.

Muhammad Zaki berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori