Kawan saya di Johor kata Wak Lu. Wak Lu slanga orang muda di selatan tanah air. Wak Lu sebagai ekspresi tidak bersetuju tentang sesuatu pendapat.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
“Wak Lu lah Malaysia kalah sebab sorakan penyokong!” – Ternyata kawan saya amat tidak bersetuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan.
Terdahulu timbalan Presiden Bersatu itu berpendapat sorakan penyokong menyebabkan pemain hilang fokus sekali gus skuad negara terlepas gol.
“Kalau saya di atas padang orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun hilang sedikit”
Saya fikir sahabat saya ada justifikasi yang wajar untuk Wak Lu-kan pendapat Ahmad Faizal itu sebab pandangan berkenaan amat tidak realistik.
Para pemain Harimau Malaya merupakan pemain profesional. Bukan baru sehari dua beraksi di atas padang bisa terlalu gugup dan gementar.
Memang benar ada penyokong cuba menyalahkan pemain, tetapi untuk tampak bijak dalam membela biarlah dengan hujah yang bernas.
Ramai juga berpandangan antara punca prestasi pemain negara sedikit kurang disebabkan faktor padang yang terjejas akibat air bertakung.
Lagipun Harimau Malaya berdepan pasukan pada ranking dunia yang jauh lebih baik berbanding Malaysia, maka saingan sudah tentulah sengit.
Namun kehadiran dan sorakan penyokong sedikit sebanyak menyuntik semangat pemain negara untuk terus berjuang sehabis baik.
Akhir kalam kawan saya kata “Faizal Azumu tidak boleh samakan pemain bola sepak profesional dengan diri dia. Dia menyanyi lagu raya pun gugup”
Mynewshub-