• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Risau Peningkatan Kembali Kes COVID-19 – Pakar

oleh Mohd Arshad
20/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan peningkatan kembali kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang lain kerana data bagi liputan vaksin berada pada tahap yang baik.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata hanya terdapat satu atau dua negara yang liputan vaksinnya masih rendah iaitu 20 peratus seperti yang dilaporkan di Myanmar.

Katanya, masyarakat perlu melihat tiga indikator utama COVID-19, antaranya kemasukan pesakit ke dalam hospital dan jumlah kematian yang dilaporkan sebelum mengatakan kes di sesebuah negara itu meningkat secara mendadak.

“Kita akui, walaupun dengan vaksin masih ramai yang dijangkiti wabak berkenaan, kesan sampingan yang dihadapi pesakit lebih ringan berbanding mula-mula penularan virus berkenaan di negara ini,” katanya kepada BH, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini meningkat sebanyak 27.9 peratus atau 11,096 kes kepada 14,195 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-23).

Dr Malina berkata, walaupun kini masyarakat sudah mula leka dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), masih ramai yang terlindung daripada dijangkiti COVID-19 kerana masing-masing sudah mempunyai vaksin.

“Kalau zaman sebelum adanya vaksin, kita memang risau apabila lihat data kenaikan kes. Ketika itu jangkitan memang senang nak dapat, malah kita masih belum mempunyai rawatan yang selanjutnya.

“Namun, kini walaupun ramai yang dijangkiti, kesan sampingannya tidak seteruk dulu, yang banyak terdedah kepada bahaya dan memerlukan rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Malina berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) masih perlu membuat pemantauan supaya data yang diperoleh dengan tepat dan membantu negara mengawal dan cegah penularan COVID-19.

Bagi Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, peningkatan kes ini sudah dijangkakan kerana rakyat Malaysia baru menyambut Adilfitri serta berkumpul ketika cuti persekolahan.

“Trend kenaikan kes COVID-19 ini adalah seperti dijangkakan kerana kita baru merayakan Aidilfitri, diikuti dengan cuti sekolah. Kita melihat sepanjang Syawal pelbagai perhimpunan, majlis hari raya dan kenduri-kendara diadakan di seluruh negara.

“Kita memang perlu menerima hakikat bahawa kita hidup dengan virus COVID-19 dan meneruskan aktiviti seperti biasa, tetapi saya bimbang apabila kita agak lalai dengan SOP yang ditetapkan seperti menjaga jarak, pemakaian pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga jarak dalam keramaian dan kenduri-kendara.

“Aktiviti bersalaman juga mungkin masih perlu dikurangkan buat masa ini dan saya harap semua memahami rasionalnya,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19KKMSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd