Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Rabu memberikan tiga sebab mengapa gabungan itu perlu mengambil alih semula negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, sebab pertama adalah bagi memulihkan kembali negara ini.

“Pada saat kita berhimpun ini, rakyat di luar sana sedang sangat terbeban. Harga barang melambung naik sehingga di luar kemampuan rakyat. Malah, bekalan makanan asas berisiko terputus atau tidak mencukupi.

“Sumber protein kita telah menjadi sangat mahal. Segalanya, dari makanan kepada kos kehidupan lain telah menjadi sangat luar biasa dari kemampuan purata rakyat Malaysia.

“Kepercayaan kepada institusi awam terjejas. Iklim pelaburan terus pudar dan perlahan. Segalanya lebih baik dahulu daripada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pembukaan Konvensyen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.

Mohamad menambah, selepas BN ditewaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) gagal dalam pentadbirannya.

“Dari semua segi, kita telah merosot, menyusut dan berundur ke belakang. Dan bila kita menerajui semula kerajaan waktu ini, tangan kita pula terhad dan terikat,” ujarnya.

Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden UMNO menambah, sebab kedua adalah kerana BN mahu mengembalikan kestabilan politik di Malaysia.

“Ketidakstabilan politik dalam tiga tahun telah menjerumuskan Malaysia ke era 20 tahun ke belakang. Bayangkan, jika semua ini berterusan. Malaysia akan menjadi negara, yang terus ketinggalan dan tercorot.


“Kita mesti pasakkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, untuk tidak terus bereksperimen dengan politik negara.

“Mereka mesti membuat keputusan dengan rasional dan objektif. Bukan emosional dan terbawa-bawa dengan sentimen,” katanya.

Menurutnya, sebab ketiga BN perlu mengambil alih semula negara ini adalah bagi mahu mencipta masa depan untuk generasi akan datang.

“Mentadbir negara, bukan setakat menguruskannya, untuk kemandirian hari ini tetapi, ia juga tentang membina asas- asas kelangsungan hari esok.

“Kita bukan hanya mewarisi Malaysia ini dari generasi lepas, tetapi turut meminjamnya dari generasi akan datang.

“Maka kita mesti menyingkirkan, segala noda dan kesalahan generasi sedia ada. Dan menyediakan landasan lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, BN perlu tampil dengan imejnya yang revolusional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Yang ‘cool but serious and promising’. Yang boleh menerbitkan rasa percaydalam kalangan rakyat.

“Dan yang boleh menyebabkan rakyat, memberikan BN suatu peluang untuk membuktikan bahawa, BN benar- benar sebuah idea yang revolusional,” ujarnya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...