Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cef Terbaik Dunia Meninggal...

Cef terbaik dunia, Benoît Violier, 44; ditemui mati akibat bunuh diri, hanya beberapa...

Hari Malaysia: Jemaah Haji...

MAKKAH - Jemaah dan petugas haji di semua 12 maktab penginapan Tabung Haji...

Hanya J/kuasa Pemilih Boleh...

KUALA LUMPUR - Kedudukan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Jawatankuasa...

VIDEO: Wajah Sebenar Awek...

LUMRAH sebagai seorang wanita, alat solek atau mekap sememangnya sudah serasi dengan diri...

SKMM Kesan Scam E-mel Palsu

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan e-mel menggunakan profil sama ada dalam bentuk nama dan gambar pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

SKMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, peringatan itu dikeluarkan terdapat e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian.

Justeru, beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati jika menerima e-mel yang menggunakan profil sama ada dalam bentuk nama dan gambar pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.

“Kita mengeluarkan peringatan ini hasil daripada aduan yang diterima daripada orang ramai.

“Sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlulah disemak dan ditentukan kesahihannya dan tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak.

“Ini bertujuan mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan,” katanya.


SKMM turut memaklumkan, penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Kenyataan itu juga meminta orang ramai membuat semakan dengan pihak yang terbabit,mengenai pihak yang profil atau identitinya digunakan, selain tidak menyebarkan sebarang kandungan yang mencurigakan bagi mengelak kekeliruan umum.

“Laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya telah dipastikan kandungan e-mel tersebut tidak benar atau palsu, bagi memudahkan tindakan sewajarnya diambil.

“Jika ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan email header bagi e-mel berkenaan semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis,” katanya.

SKMM berkata, orang ramai juga boleh membantu memberhentikan penyebaran e-mel tersebut dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel seperti Gmail menerusi pautan https://support.google.com/mail/answer/8253dan https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html (Yahoo).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori