Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Perlantikan Mueller Tanda Komited...

KUANTAN - Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines...

Kad Jatuh Punya Pasal…...

GARA-GARA cuba ambil kad parkir yang terjatuh, seorang pemilik Bentley tidak sengaja tertekan...

PAS Akui Negara Perlukan...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui kerajaan bukan sengaja mahu membawa masuk pekerja asing...

Penceramah Jakim Disiasat Kutuk...

Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan...

Siasatan Kewujudan Kartel Ayam Di Peringkat Akhir

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini di peringkat akhir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel yang bertindak mengawal harga dan pengeluaran bekalan ayam di dalam negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, beberapa saksi dalam kalangan penternak dan ‘integrator’ turut dipanggil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, MyCC sedang menyiasat keterlibatan kartel dalam (mengawal) harga ayam ini dan laporan lengkap dijangka dibentangkan dalam bulan Jun ini, sama ada betul atau tidak kita lihat berdasarkan hasil itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Jendela Fikir bertajuk ‘Larangan Eksport Tepung Gandum India Jejas Bekalan Tempatan?’, terbitan Bernama Radio di sini, hari ini.


MyCC sudah menubuhkan pasukan khas pada awal Februari lepas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Sementara itu, Rosol berkata, keputusan mengenai pelanjutan subsidi RM1.40 bagi sekilogram ayam yang dijadual tamat pada Ahad ini akan dimuktamadkan oleh Kabinet hari ini.

“Kita ada beberapa cadangan berkaitan dengan hal tersebut dan hari ini mesyuarat akan tentukan sama ada nak teruskan, nak hentikan atau yang ketiga terus tapi dengan sedikit peningkatan. Mungkin Kabinet ada cadangan lain jadi keputusan bergantung kepada Kabinet,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori