• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepanyol Setuju Hantar Senjata Berat Kepada Ukraine

oleh Mohd Arshad
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Sumber kerajaan Sepanyol mendedahkan bahawa negara itu bersedia untuk menghantar kumpulan pertama senjata berat ke Ukraine, lapor laman RT semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Antara senarai senjata berat yang akan dihantar termasuk peluru berpandu darat ke udara dan kereta kebal.

Menurut media tempatan El Pais, Kementerian Pertahanan Sepanyol sedang memuktamadkan penghantaran peluru berpandu antipesawat Aspide. Misil itu tidak lagi digunakan oleh angkatan bersenjata Sepanyol dan digantikan dengan sistem peluru berpandu lebih maju.

Madrid juga dilaporkan bersedia untuk membekalkan kereta kebal tempur Leopard A4 buatan Jerman kepada Kiev.

Sama seperti dalam kes peluru berpandu, perkakasan itu tidak lagi digunakan dalam sektor ketenteraan Sepanyol.

Sepanyol menerima kereta kebal tempur itu dari Jerman pada tahun 1995 dan hanya menjadi perhiasan di pangkalan logistik Tentera Sepanyol sejak 10 tahun lalu.

Sumber pertahanan yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, sebanyak 40 kereta kebal Leopard boleh dihantar ke Ukraine.

Setakat ini, Sepanyol hanya membekalkan Ukraine dengan senjata ringan dan peluru.

Titik perubahan dasar itu berlaku apabila Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkunjung ke Kiev dan bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Duta Ukraine di Madrid, Sergey Pohoreltsev berkata bahawa senjata ringan yang disediakan Sepanyol setakat ini tidak mencukupi.

“Kami bersyukur tetapi kami tidak boleh mengatakan bahawa kami berpuas hati,” ujar Pohoreltsev.

Pohoreltsev meminta penghantaran peluru berpandu antikapal dan antipesawat, meriam 55 milimeter, mortar 120 milimeter dan kereta kebal Leopard.

Duta itu turut menegaskan bahawa Ukraine tidak meminta apa-apa yang tidak dapat disumbangkan oleh Sepanyol.

-Kosmo Online

Tags: Krisis Rusia-UkraineSenjata BeratSepanyolUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

18/04/2026
0

Oleh Mynewshub Dalam landskap politik global yang sering dipenuhi kepentingan kuasa besar dan diplomasi berhati-hati, muncul seorang pemimpin Eropah yang...

Sepanyol Tarik Balik Duta Ke Israel Secara Kekal

Sepanyol Tarik Balik Duta Ke Israel Secara Kekal

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub  MADRID – Kerajaan Sepanyol dilaporkan mengambil langkah tegas apabila menarik balik duta negaranya dari Israel secara kekal, sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd