KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR bulan lalu akan mengumumkan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) minggu depan.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Rafizi berkata, langkah itu diambil walaupun keputusan Pemilihan PKR yang akan mengumumkan kemenangannya secara rasmi ditangguhkan sehingga Julai ini.
“Walaupun keputusan pemilihan ditangguhkan hingga sebulan lagi, saya akan mula mengumumkan gerak kerja PRU-15 minggu depan.
“Oleh kerana hal dalam Keadilan masih belum selesai, kita akan berkempen
Jumaat lalu, PKR memaklumkan Kongres Nasional 2022 yang asalnya dijadualkan pada 24 dan 25 Jun ini ditangguhkan kepada 15 hingga 17 Julai depan bagi memberi ruang audit forensik terhadap bantahan dan aduan yang diterima berkaitan pemilihan parti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti 2022 (JPP 2022) PKR, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata pihaknya memerlukan sedikit masa bagi memuktamadkan keputusan pemilihan parti sebelum dibentangkan di Kongres Nasional 2022.
Pemilihan PKR menerima banyak bantahan dan aduan antaranya dakwaan berhubung kewujudan pengundi ragu, kesahihan undi dan masalah logistik.
-Berita Harian