• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Charles Didakwa Terima Derma RM13.9 Juta Daripada Jutawan Qatar

oleh Mohd Arshad
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Putera Charles Didakwa Terima Derma RM13.9 Juta Daripada Jutawan Qatar
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles didakwa menerima wang €3 juta (RM13.9 juta) daripada seorang Sheikh negara Qatar termasuk €1 juta (RM4.6 juta) secara tunai di dalam sebuah beg, lapor akhbar Metro News UK kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Individu dikenali sebagai Sheikh Hamad Jassim itu dikatakan menyerahkan wang tunai kepada Putera Charles dalam pertemuan mereka antara 2011 hingga 2015.

Wang €1 juta yang diletakkan di dalam sebuah beg pakaian itu telah diserahkan ketika mereka mengadakan mesyua­rat di Clarence House, England.

Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa wang tunai dimasukkan ke dalam beg pakaian di kedai mewah Fortnum dan Mason.

Menurut akhbar Sunday Times, wang itu diberikan dalam bentuk wang kertas €500 (RM2,323) yang telah dihentikan pengeluarannya.

Wakil Clarence House berkata, ‘wang itu kemudian diserahkan kepada badan amal putera berkenaan dan semua prosedur sepatutnya telah dipatuhi’.

Badan amal yang dimaksudkan ialah Dana Amal Prince of Wales. Yayasan itu mempunyai matlamat untuk ‘mengubah kehidupan dan membina komuniti mapan’ dengan memberikan geran dalam bidang seperti pemuliharaan, pendidikan dan kesihatan.

Difahamkan sekurang-kurangnya seorang peme­gang amanah dalam organisasi itu tidak tahu tentang derma Sheikh Hamad.

Tiada satu pun pertemuan mereka didaftarkan dalam rekod rasmi , namun pembayaran tersebut tidak menyalahi undang-undang.

-Kosmo Online

Tags: dakwaDERMAJutawan Qatarputera charles
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

Guru Kelar Isteri Didakwa Di Mahkamah Balik Pulau Esok

03/09/2025
0

Balik Pulau: Guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat...

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

30/08/2025
0

Johor Bahru: Tiga individu akan didakwa hari ini, susulan video disyaki seolah memuja jin dan ajaran sesat di Parit Raja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd