• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Hidroelektrik Nenggiri Beri Manfaat Kepada Kelantan

oleh Mohd Arshad
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG: Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 billion bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata hidroelektrik itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) akan meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di semenanjung Malaysia.

Katanya, projek itu dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2027.

“Projek Hidroelektrik Nenggiri secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran sebanyak 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2035.

“Projek ini mampu menjana tenaga serta merta bagi memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri, di Kampung Star di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Takiyuddin berkata, projek yang dijangka siap pada 2026 itu, akan membentuk Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan Kolam Pengaturan Aliran seluas 0.97 kilometer persegi.

Katanya, empangan terbabit akan menjadi tebatan banjir kepada penduduk yang berada di hilir sungai.

“Antara manfaat lain yang akan diperoleh oleh penduduk adalah pembekalan air bersih dan penambahbaikan pengaturan untuk pertanian.

“Bagi kebajikan masyarakat orang Asli yang terlibat di tiga penempatan iaitu Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias mereka akan diberi penempatan baru dengan infrastruktur dan keperluan asas lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Pos Tohoi, Zainal Chali berkata, masyarakat Orang Asli berharap projek berkenaan siap mengikut jadual dan membina penempatan baharu kepada mereka secepat mungkin.

Katanya, mereka yakin Orang Asli Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Wias akan menerima arus pembangunan lebih maju kerana turut disediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya anak muda.

UtusanOnline-

Tags: KelantanPembangunanProjek Hidroelektrik Nenggiri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jemaah Masjid, Surau Di NS Boleh Rapat Saf, Tidak Perlu Ikut Saiz Sejadah

Next Post

PM Jamin Malaysia, Arab Saudi Terus Perkukuh Hubungan Dua Hala

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

PM Jamin Malaysia, Arab Saudi Terus Perkukuh Hubungan Dua Hala

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd