Sample Page Title

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang dan tidak akan dilengahkan sejurus Barisan Nasional bersedia, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada 4,000 perwakilan pada majlis sambutan ulang tahun gabungan itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau menyeru supaya BN membuat persiapan sebaik mungkin agar “mimpi buruk 22 bulan” ketika gabungan itu menjadi pembangkang selepas kekalahan pada PRU14 tidak berulang.

“Kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang,” katanya dalam ucapan sempena konvensyen ulang tahun BN ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan untuk tidak akan melengah-lengahkan permemohon pembubaran Parlimen sejurus BN bersedia.

“Jika BN sudah bersiap sedia, saya tidak akan melewatkan sesaat pun PRU15 seperti dipersetujui dalam perhimpunan agung Umno sebelum ini,” katanya dengan menambah bahawa beliau akan berbincang dengan kepimpinan BN untuk menentukan tarikh PRU15.


Terdahulu, pada majlis sama, bekas perdana menteri Najib Razak memberi bayangan bahawa BN akan berdepan “risiko besar” jika PRU15 ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.

Bayangan itu senada dengan desakan tampuk kepimpinan Umno bahawa BN harus segera memanfaatkan sentimen dalam kalangan pengundi yang memihak kepada gabungan itu berdasarkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini, iaitu selepas memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang tamat pada Julai.

Pengumuman Ismail itu dibuat di sebalik peringatan daripada Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman bahawa keputusan untuk membubarkan Parlimen terletak pada Jemaah Menteri.

“Hanya Kabinet boleh membubarkan Parlimen, bukannya perdana menteri,” katanya dalam satu majlis semalam.

FreeMalaysiaToday-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...