• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Siasat Pegawai Awam Malaysia Terbabit Kes Suapan MRT

oleh Mohd Arshad
14/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk meluluskan permohonan Bantuan Perundangan Bersama yang diminta pihak berkuasa Perancis, berhubung siasatan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan Transit Aliran Massa (MRT).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata kerajaan Malaysia belum meluluskan permohonan pihak berkuasa negara berkenaan, disebabkan terdapat isu undang-undang yang perlu diteliti.

Katanya, selepas selesai perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara, SPRM perlu menunggu respons dari Perancis mengenai maklumat yang akan ditawarkan kepada mereka.

“Mereka hanya memohon satu perkara, iaitu berhubung pegawai awam dan entiti negara kita yang terbabit dalam suapan sebuah syarikat.

“Bagaimanapun, kita belum lagi memberi respons kerana ia membabitkan isu penguatkuasaan undang-undang dan banyak perundangan akan terbabit kerana setiap siasatan di luar negara kita perlu melalui proses undang-undang dan sama ada ia perlu didedahkan atau tidak, ia bergantung kepada negara berkenaan.

“Setakat ini, kita masih berbincang dengan Pejabat Peguam Negara, jika sudah setuju, kita tunggu pula respons mereka sama ada mahu terima atau tidak maklumat yang diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas Anugerah Media SPRM, di sini hari ini.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek MRT bernilai RM692 juta yang berlaku beberapa tahun lalu.

SPRM kemudiannya mengesahkan mereka sudah menyiasat kes itu sejak Mac lalu dan tumpuan siasatan kini kepada pembayaran berunsur rasuah dalam siasatan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam, membabitkan Transit Aliran Massa (MRT).

-Berita Harian

Tags: Kes Suapan MRTMRTPegawai Awam MalaysiaPerancis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tiada Sebab Hentikan Projek Empangan Nenggiri’

Next Post

MB: Johor Kaji Semula Cuti Hujung Minggu

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Next Post

MB: Johor Kaji Semula Cuti Hujung Minggu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd