• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Tahun Akhir IPTA Ditemukan Mati Dalam Kolej Kediaman

oleh Mohd Arshad
29/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penuntut Tahun Akhir IPTA Ditemukan Mati Dalam Kolej Kediaman
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemukan mati dalam bilik di tingkat 5 kolej kediamannya dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa dari pusat kawalan IPTA berkenaan, pada 7.45 malam.

Menurutnya, kejadian itu disedari selepas seorang rakan mangsa datang ke bilik itu untuk bertemunya kerana mereka lama tidak berjumpa, kira-kira 4.30 petang.

“Rakan mangsa mendapati pintu bilik mangsa berkunci sebelum terbau bau busuk dari bilik berkenaan.

“Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada kepada felo pelajar sebelum mereka bersama beberapa penuntut lain di kolej itu membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, sebaik pintu dapat dibuka, mereka menemui mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai berhampiran katil dalam keadaan hanya berseluar panjang dan bilik berbau busuk.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati pintu dalam keadaan berkunci dan tingkap tertutup rapat. Pelbagai barangan berharga termasuk komputer riba dan telefon bimbit masih ada di dalam bilik.

“Semakan mendapati mangsa yang berusia 29 tahun itu adalah penuntut lelaki semester enam (tahun akhir) ijazah sarjana di IPTA terbabit dan tinggal seorang diri,” katanya dan memaklumkan kali terakhir mangsa ditemukan rakan adalah dua hari lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

-Harian Metro

Tags: kolej kediamanMATIPenuntut Tahun Akhir IPTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd