• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembentangan Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Dijadual Oktober

oleh AK-47
13/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan akan membentangkan pindaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dalam 11 peruntukan undang-undang pada sidang Parlimen Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bercakap pada sidang media pagi tadi, dia memberitahu sekiranya semua berjalan mengikut perancangan, negara tidak lagi mengenakan hukuman mati mandatori mulai Januari tahun depan.

Wan Junaidi berkata satu pungutan suara dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam akan dilakukan membentangkan undang-undang itu ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

“Kita akan membuat tinjauan awam sebelum pindaan itu dibentangkan di Parlimen… kalau berlaku tentangan (bilangan yang menolak lebih tinggi), kita akan membawa kembali pindaan kepada Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan selanjutnya.

“Jika boleh selesaikan soalan-soalan (mengenai) pindaan dulu dan bentangkan apa kabinet dah putus untuk putuskan tentang hukuman mati mandatori pada Oktober nanti.

“Kemudian pada Disember, ia akan dibawa ke Dewan Negara. (Jadi) menjelang Januari akan dimansuhkan secara realiti,” katanya.

Sidang akhbar hari ini bertujuan menjelaskan kenyataan awalnya pada hari Jumaat lalu, ketika dia mengumumkan bahawa kabinet pada dasarnya bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia.

Ini susulan salah faham pihak tertentu yang menganggap kerajaan telah memansuhkan hukuman mati secara keseluruhan, sedangkan yang dimansuhkan adalah perkataan ‘mandatori’ yang menyebabkan mahkamah tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah.

Malaysia ketika ini melaksanakan hukuman mati mandatori bagi beberapa kesalahan, antaranya kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong, membunuh, mengedar dadah dan melakukan perbuataan keganasan, selain beberapa lagi jenayah mengikut budi bicara mahkamah.

Menurut Wan Junaidi, sistem perundangan negara ini masih mempunyai hukuman mati walaupun hukuman mandatori itu akan dimansuhkan.

Perbezaannya adalah selepas pemansuhan itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati kepada penjenayah atau hukuman gantian yang difikirkannya sesuai dengan jenayah yang dilakukan.

“Hanya dua akta yang masih mempunyai hukuman mati mandatori, sembilan daripadanya adalah bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi bawah Akta Senjata Api (Penalti Bertambah),” katanya.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Keputusan itu dicapai selepas Wan Junaidi membentangkan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu.

-Malaysia Kini

Tags: Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Cukai Baharu Tahun Ini

Next Post

Siti Bainun Paksa Bella Makan Nasi Dengan Cili – Saksi

Related Posts

11 Kesalahan Bawah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori

15/06/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyenaraikan 11 kesalahan...

Next Post

Siti Bainun Paksa Bella Makan Nasi Dengan Cili – Saksi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd