Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Penunjuk Perasaan Mahu Rohingnya...

BANGKOK - Beratus-ratus orang mengadakan demonstrasi secara aman tetapi dalam suasana riuh-rendah berhampiran...

Zaman Khan Nafi Terbabit...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Mohd...

Sami Buddha Protes Pelarian...

NAYPYITAW - Ketika masyarakat antarabangsa mengkritik Myanmar kerana diskriminasi ke atas etnik Rohingya,...

Gas Malaysia Lantik Inukai...

KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd melantik Akira Inukai sebagai Pengarah Gantian Bukan...

11 Kesalahan Bawah Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyenaraikan 11 kesalahan yang terlibat di bawah pemansuhan hukuman mati mandatori.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia adalah kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri, melakukan perbuatan pengganas serta mengarahkan dan menyediakan harta untuk pengganas yang mengakibatkan kematian.

Pemansuhan itu turut melibatkan kesalahan berkhidmat untuk pengganas dan menerima suapan bagi memudahkan pengganas yang mengakibatkan kematian.

Selain itu, kesalahan menerima suapan memudahkan aktiviti jenayah terancang yang mengakibatkan kematian, kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mengambil tebusan, melepaskan tembakan daripada senjata api di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Perihal Lebih Berat) 1971 dan rakan sejenayah seksyen sama turut disenaraikan di bawah pemansuhan tersebut.


Jumaat lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori