• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Nafi Bocor Gambar Bella

oleh Mohd Arshad
29/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pegawai Polis Nafi Bocor Gambar Bella
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang pegawai polis menafikan bahawa gambar kecederaan remaja Sindrom Down, Bella yang dipaparkan dalam posting Facebook milik aktivis, Mona Din dibocorkan olehnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal, Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Mior Samsul Abd. Rahman juga menafikan bahawa terdapat pegawai atau anggota polis lain yang mempunyai akses kepada sebuah telefon bimbit Iphone warna merah yang mengandungi gambar-gambar dan video rakaman kecederaan Bella.

Asiah : Laporan analisis forensik berkaitan gambar-gambar ini disediakan pada 9 Ogos 2021.

Mior Samsul : Betul.

Asiah : Rujuk IDD59 yang mengandungi posting Facebook Mona Din dengan laporan analisis. Bandingkan gambar dalam kedua-dua dokumen tersebut. Saya cadangkan gambar 3,5,6,10,11 dalam IDD59 adalah berasal daripada telefon bimbit yang berada simpanan polis.

Mior Samsul : Saya tidak tahu.

Asiah : Saya cadangkan ada pegawai polis lain yang mempunyai akses kepada telefon bimbit tersebut dan telah bocorkan gambar-gambar ini kepada orang awam.

Mior Samsul : Saya tak setuju.

Pada prosiding sebelum ini, pegawai polis itu ketika membaca pernyataan saksinya berkata, dia menerima sebuah telefon bimbit jenama iPhone dan satu kad sim Maxis pada 22 Julai 2021.

Mior Shamsul dalam keterangannya telah menjalankan proses mengekstrak data dari telefon bimbit pada 9 Ogos 2021 dan kemudian menyimpan telefon bimbit dalam almari berkunci dalam biliknya.

Saksi itu berkata demikian pada pada perbicaraan kes Siti Bainun, 30, yang didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, Mior Samsul menjelaskan, saksi itu bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa dia tidak pernah membuat perbandingan di antara gambar dan rakaman video yang telah diekstrak dengan gambar serta video di dalam telefon bimbit kerana tidak pernah diminta untuk berbuat demikian.

“Saya setuju sebab tiada permohonan yang minta saya buat perbandingan. Permohonan yang diterima adalah untuk jelaskan (enhance) sahaja,” katanya.

Saksi itu juga memberitahu segala analisis dan penambahbaikan yang dibuat pada gambar dan video adalah berdasarkan permohonan pegawai penyiasat.

“Saya memang bebas untuk memilih apa sahaja gambar yang ada dalam telefon bimbit tetapi ia mesti berdasarkan permohonan yang dibuat,” kata Mior Samsul.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Izralizam Sanusi masih berjalan.

-Utusan Online

Tags: BellaBocorKes Bellanafipegawai polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd